web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


COVID-19 Beri Impak Kesihatan Mental - Dr Noor Hisham

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 2:58PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Masyarakat di Malaysia tidak terkecuali daripada menerima impak kesihatan mental akibat situasi pandemik COVID-19, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata faktor sosial yang menyebabkan stres terlampau antaranya hilang pekerjaan atau sumber pendapatan, isolasi daripada rangkaian sokongan keluarga dan sahabat handai boleh memberi kesan kepada sesetengah individu yang berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental termasuk kemurungan.

“Sekiranya kemurungan ini gagal dikenal pasti dan dirawat dengan baik, ia berisiko untuk tingkah laku bunuh diri.

“Tingkah laku bunuh diri meliputi idea bunuh diri (suicidal ideation), rancangan bunuh diri (suicidal plan), cubaan bunuh diri (suicide attempt) dan kematian akibat tindakan bunuh diri,” katanya dalam kenyataan sempena Hari Pencegahan Bunuh Diri Sedunia, hari ini.

Tema tahun ini adalah ‘Bertindak Segera, Harapan Terbina’ bertujuan untuk meningkatkan keyakinan masyarakat bagi memainkan peranan penting dalam mencegah insiden bunuh diri dan menghapuskan stigma berkaitan tingkah laku bunuh diri.

Dr Noor Hisham berkata hingga Julai tahun ini, sejumlah 638 kes bunuh diri dilaporkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) berbanding 262 kes bagi tempoh sama pada 2020 iaitu peningkatan sebanyak 143 peratus atau 1.4 kali lebih banyak.

Selaras dengan konsep Keluarga Malaysia, Dr Noor Hisham berkata masyarakat memainkan peranan bersama bagi mengenal pasti simptom awal kemurungan dan tingkah laku bunuh diri dalam kalangan orang yang disayangi terutamanya dalam situasi COVID-19.

Ia termasuk mengambil tahu dan bertanya khabar ahli keluarga dan orang sekeliling terutamanya yang terkesan akibat pandemik, memberikan sokongan dan dorongan untuk mendapatkan bantuan dan rawatan, serta mengelakkan penularan berita, video atau gambar berkaitan kejadian bunuh diri menerusi media sosial.

Masyarakat juga perlu membuang stigma negatif terhadap keluarga serta individu dengan penyakit mental dan tidak menghakimi kejadian bunuh diri yang berlaku, di samping mengekalkan hubungan dan memberi sokongan sosial terutama selepas sesuatu krisis berlaku, katanya.

Antara inisiatif yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani isu tingkah laku bunuh diri adalah pengukuhan perkhidmatan sokongan kesihatan mental dan psikososial, sokongan terhadap usaha dekriminalisasi cubaan bunuh diri dan advokasi kempen ‘Let's TALK Minda Sihat’.

Inisiatif lain termasuk latihan berterusan kepada first-line responders seperti anggota kesihatan, polis, dan anggota bomba bagi meningkatkan kemahiran pengendalian tingkah laku bunuh diri dan mempergiat sesi libat urus dengan pelbagai kementerian serta agensi kerajaan dan bukan kerajaan.

Menurut Dr Noor Hisham, KKM akan terus komited menjalinkan kerjasama serta mengalu-alukan pelbagai agensi lain untuk mengambil bahagian dalam pelaksanaan pencegahan tingkah laku bunuh diri.

Katanya, usaha itu diharap dapat meningkatkan kesedaran masyarakat mengenai kepentingan pencegahan tingkah laku bunuh diri, menghapuskan stigma terhadap tingkah laku bunuh diri dan seterusnya menurunkan kadar kematian akibat bunuh diri. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Refleksi 4 minggu yang lalu

9 Amalan Mudah Untuk Kehidupan Lebih Sejahtera

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Panjat Pencawang Elektrik Setinggi 25 Meter: Bomba Selamatkan Lelaki Cuba Bunuh Diri

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia