web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelancongan Rentas Sempadan Antara ASEAN-China Penting Kepada Pemulihan - Ismail Sabri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 3:10PM

Petugas MAS memeriksa suhu badan penumpang sebelum dibenarkan naik ke kapal terbang yang menghala ke Beijing di KLIA pada 14 Februari 2020. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata beberapa inisiatif bersama berhubung ‘gelembung pelancongan’ dan peraturan kuarantin boleh diteroka antara ASEAN dan China bagi memulihkan industri pelancongan dan juga saling hubungan antara penduduk.

Beliau berkata dengan berbuat demikian setiap negara berada di kedudukan yang lebih baik untuk pulih daripada kesan COVID-19.

“Begitu juga dengan pengiktirafan bersama dokumen pengiktirafan vaksinasi, yang merupakan satu lagi bidang yang mantap untuk diteroka,” tambahnya.

Beliau berkata usaha kreatif adalah penting dalam mengembalikan hubungan antara penduduk memandangkan pandemik ini telah mengakibatkan sempadan negara diperketat, dan pelancongan masih dianggap sebagai aktiviti berisiko tingi.

“Sehubungan itu kita merasa gembira apabila ASEAN sedang membangunkan dengan aktif kerangka kerja urusan koridor pelancongan bagi memberi kemudahan kepada perdagangan rentas sempadan serta pelaburan, dan ini akan mewujudkan laluan yang mantap ke arah pemulihan dan pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap secara maya di Ekspo China-ASEAN (CAEXPO) ke-18 dan Sidang Kemuncak Pelaburan Perniagaan Chin-ASEAN (CABIS) ASEAN yang berlangsung di Nanning, China.

“Gelembung pelancongan adalah satu daripada tiga faktor utama yang diketengahkan oleh Ismail Sabri di forum itu untuk menjadi asas kepada masa depan hubungan ASEAN-China, dan dalam memudahkan pemulihan ekonomi kesan impak COVID-19.

Sementara itu Ismail Sabri berkata China amat penting kepada ASEAN, terutama sebagai negara rakan yang terawal menawarkan bantuan semasa pandemik.

“Semasa kita telah menempa pelbagai kejayaan menerusi usaha bersama, ada banyak lagi yang kita boleh capai. Saya optimis bahawa ASEAN dan China akan terus meningkatkan dan mengangkat kerjasama strategik ini ke tahap lebih tinggi,” katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia