web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Malaysia Kukuhkan Pemusatan ASEAN, Tingkat Hubungan Dengan Rusia Dan Selatan Global

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2024 6:28PM

Perdana Menteri Anwar Ibrahim menyampaikan ucaptama pada sesi pleno sempena Forum Ekonomi Timur ke-9 di Kampus Far Eastern Federal University (FEFU) di Vladivostok, Rusia hari ini. – Gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

VLADIVOSTOK – Malaysia, selaku Pengerusi ASEAN pada 2025, kekal komited untuk memperkukuh pemusatan blok itu sambil meneroka sinergi dengan rakan dialog serantau dan utama, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Beliau berkata, Malaysia akan mempertingkatkan penglibatan dengan subrantau dan rakan strategik, termasuk Rusia, untuk memupuk pertumbuhan ekonomi, kerjasama keselamatan, dan pertukaran budaya, kata beliau semasa menyampaikan ucaptama di Sesi Pleno Forum Ekonomi Timur (EEF) ke-9 pada Khamis, di sini. 

"Pemusatan ASEAN adalah tunjang bagi membina konsensus yang mengikat negara anggota dalam tindakan bersama. la akan menjadi keutamaan dalam agenda Malaysia ketika mengambil alih jawatan pengerusi. 

"Perkongsian ASEAN-Rusia adalah penting dalam mempromosikan kestabilan serantau dan kemajuan ekonomi. Kami percaya dengan memanfaatkan hubungan ini, kita dapat memperdalam kerjasama dalam pelbagai sektor," kata Anwar semasa sesi yang diadakan di Far Eastern Federal University, Vladivostok, Rusia, dari 3 hingga 6 September. 

EEF yang bertemakan "Far East 2030: Let's Join Forces, Creating Opportunities" sesi ini turut dihadiri Presiden Rusia Vladimir Putin dan Naib Presiden China Han Zheng.

Anwar menekankan pendekatan proaktif Malaysia dalam melakukan pelarasan dengan kebangkitan Selatan Global dengan menyifatkannya bukan sahaja sebagai peralihan ekonomi tetapi juga penstrukturan semula pengaruh global. 

Beliau berkata, Selatan Global yang merangkumi negara-negara di Asia, Afrika, dan Amerika Latin sedang membentuk semula ekonomi dunia. 

Anggaran terkini menunjukkan bahawa Selatan Global menyumbang kira-kira 40 peratus daripada keluaran ekonomi global dan didiami 85 peratus populasi dunia. 

"Bagi Malaysia, adalah penting untuk membina hubungan yang kukuh dengan ekonomi yang sedang meningkat naik untuk berkongsi dalam pertumbuhan mereka dan menyumbang orde global yang lebih seimbang. 

"Menjelang 2030, diunjurkan tiga daripada empat ekonomi terbesar akan datang dari Selatan Global. Kebangkitan ini memberikan cabaran dan peluang untuk Malaysia," katanya. 

Beliau berkata, Malaysia sedang giat meneroka peluang dalam Selatan Global, dengan matlamat untuk menggalakkan paradigma pembangunan baharu yang lebih inklusif, saksama, mampan dan berdaya tahan.

"Dalam dunia yang semakin kompleks, kemakmuran masa depan kita bergantung pada keupayaan kita untuk menyesuaikan diri, berinovasi, dan membina hubungan yang melangkaui sempadan tradisional. Selatan Global sedang bangkit dan Malaysia berhasrat untuk bangkit bersamanya," katanya. – BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 5 hari yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 5 hari yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 6 hari yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Kebakaran Kilang Sebabkan Pencemaran Sungai Rinting

Semasa 14 jam yang lalu

GISBH Didakwa Ceroboh Padang Awam, Pihak Berkuasa Diminta Siasat 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Hasil Kajian Berkaitan GISBH Dikemukakan Kepada Jawatankuasa Fatwa Selangor - MAIS