web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Lori Rempuh 5 Kenderaan Didakwa Memandu Di Bawah Pengaruh Dadah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 10 Sep 2021 4:55PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pemandu lori yang videonya tular kerana merempuh lima kenderaan dan menyebabkan sebuah Perodua Myvi remuk teruk pada Isnin lepas didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan memandu kenderaan di bawah pengaruh dadah.

Bagaimanapun, Ardi Latif, 25, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan ke atasnya dibacakan di hadapan Majistret Amanina Mohd Anuar.

Ardi didakwa telah memandu kenderaan itu di bawah pengaruh dadah jenis methamphetamine dan amphetamine serta dia tidak berdaya mengawal kenderaan tersebut dan menyebabkan kecederaan kepada pemandu kereta Perodua Myvi Nik Adlee Saha Nik Ahmad Fauzi, 45, di Jalan Segambut Utara menghala ke Jalan Ipoh di sini pada 2.40 petang, 6 September.

Pendakwaan mengikut Seksyen 44 (1A) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) dan boleh dihukum di bawah seksyen sama yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda tidak kurang RM30,000 atau maksimum RM50,000 dan hilang kelayakan memandu untuk tempoh tidak kurang tujuh tahun daripada tarikh disabitkan kesalahan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan Ardi diikat jamin RM7,000 dengan seorang penjamin berserta syarat tambahan lesen memandu tertuduh ditahan sehingga kes selesai.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Nursyuhada Abd Rauf.

Pada 6 September, tular dalam media sosial rakaman kamera perakam video yang memaparkan sebuah lori tanpa muatan merempuh beberapa kenderaan yang sedang berhenti di lampu isyarat merah.

Kemalangan itu menyebabkan sebuah kereta Perodua Myvi berwarna kuning remuk teruk manakala beberapa kenderaan lain turut mengalami kerosakan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia