web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Semua PPV Awam Melaka Dibenarkan ‘Walk In’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:02PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA TENGAH - Semua pusat pemberian vaksin (PPV) di negeri ini dibenarkan menerima kedatangan secara walk in bermula esok.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, inisiatif ini diambil bagi memastikan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) mencapai imuniti kelompok lebih awal, dan melengkapkan sasaran penerimaan vaksin sebanyak 100 peratus dalam kalangan individu dewasa di negeri ini.

Beliau berkata, inisiatif ini bukan sahaja diberikan kepada warga negara malah turut terbuka kepada rakyat asing yang berusia 18 tahun ke atas.

“Bermula esok, individu berusia 18 tahun ke atas yang masih belum menerima tarikh temu janji boleh hadir ke mana-mana PPV awam di negeri ini.

“Bagaimanapun bagi rakyat asing, mereka hanya boleh ‘walk in’ ke PPV Mega di Stadium Hang Jebat, Krubong dan PPV Mega Stadium Jasin, antara jam 8.30 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Rahmad berkata, mereka yang ingin hadir menerima suntikan vaksin secara walk in perlu membawa kad pengenalan atau dokumen pengenalan sah, telefon pintar yang berdaftar dengan MySejahtera serta dokumen berkaitan penyakit kronik sekiranya ada.

“Mereka yang bercadang untuk ‘walk in’ perlu mendaftar di MySejahtera, malah mereka yang belum mendaftar atau tidak mempunyai telefon pintar juga dibolehkan hadir dan akan didaftarkan secara manual,” katanya.

Melaka setakat ini jelas beliau, masih memiliki 69,972 individu dewasa yang masih belum menerima suntikan imunisasi masing-masing.

“Seramai 54,000 pula gagal tampil untuk menerima suntikan walaupun sudah mendapat tarikh temu janji menerusi aplikasi MySejahtera, dan ada juga yang enggan menerima suntikan, tetapi didaftarkan oleh anak tanpa persetujuan.

“Susulan itu Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) sedang berusaha untuk mendapatkan senarai nama mereka berpandukan maklumat diperoleh, bagi memujuk golongan terbabit untuk hadir menerima vaksin berkenaan,” katanya. - Getaran, 10 September

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Melaka Dalam Proses Wartakan 5 Lagi Ajaran Sebagai Sesat

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Bayi 8 Bulan Maut: Taska Ditutup Serta Merta

3

Semasa 3 bulan yang lalu

2 Beradik Maut, Ibu Kritikal Bilik Sewa Terbakar

4

Semasa 6 bulan yang lalu

3 ‘Superman’ Wanita Diberkas, Sertai Kelab Motosikal Awek Melaka

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia