web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kuantan Kini Bandar Raya, Agong Titah Kesejahteraan Rakyat Diutamakan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Feb 2021 2:25PM

Sultan Abdullah mengisytiharkan Kuantan sebagai bandar raya dalam majlis bersejarah hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah mengisytiharkan Kuantan, ibu negeri Pahang, sebagai bandar raya dalam majlis bersejarah hari ini.

Al-Sultan Abdullah dalam titah Diraja, menzahirkan hasrat mahu melihat Kuantan yang mula wujud pada pertengahan kurun ke-19 menerusi sistem penubuhan Kuantan Sanitary Board pada 1 Ogos 1913 terus mencipta lebih banyak kejayaan sebagai sebuah bandar raya yang unggul. 

"Namun, penubuhan sebuah bandar raya bukanlah semata-mata pada nama. Justeru, dalam meniti hari-hari mendatang, kerajaan negeri beta dan Majlis Bandaraya Kuantan hendaklah sentiasa menumpukan usaha ke arah peningkatan kesejahteraan dan perkhidmatan yang mengutamakan rakyat.

"Marilah kita berdoa pada hari yang bersejarah ini semoga bandar raya Kuantan menjadi menjadi sebuah bandar raya unggul dan sentiasa berada dalam perlindungan Allah S.W.T," titah Seri Paduka.

Al-Sultan Abdullah yang juga Sultan Pahang terdahulu berkenan mencemar duli menyempurnakan Majlis Pemasyhuran Bandaraya Kuantan di Kompleks Bandaraya Kuantan di sini, yang berlangsung dalam suasana sederhana, mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang berkuat kuasa di Pahang.

Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut berangkat, diiringi anakanda-anakanda Seri Paduka Baginda Berdua termasuk Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah.

Hadir sama ialah Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan isteri Puan Sri Noorainee Abdul Rahman, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail,  Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Zuraida Kamaruddin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah serta barisan pentadbiran negeri Pahang.

Pada majlis itu, Al-Sultan Abdullah juga berkenan melantik Yang Dipertua (YDP) Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) Datuk Hamdan Hussin sebagai Datuk Bandar pertama Kuantan, selain berkenan merasmikan Kompleks Bandaraya Kuantan. Kuantan diisytiharkan sebagai ibu negeri pada 27 Ogos 1955.

Sementara itu, Wan Rosdy pada ucapannya menyifatkan keberangkatan Seri Paduka Baginda ke majlis itu sebagai mengimbau sejarah perubahan status daerah Kuantan kerana mengulangi peristiwa lebih 40 tahun lalu, iaitu semasa Kuantan dinaik taraf daripada bandaran kepada majlis perbandaran pada 1 Sept 1979.

"Ketika itu, Seri Paduka yang masih bujang, usia baharu mencecah 20 tahun telah berangkat sebagai Pemangku Raja Pahang dalam pakaian sut berwarna biru muda menyempurnakan pelancaran majlis tersebut dan hari ini, selepas lebih empat dekad, berangkat menyempurnakan pemasyhuran sebagai bandar raya.

"Patik juga menjunjung kasih kepada sumbangan besar Almarhum Sultan Ahmad Shah Al-Musta'in Billah yang semasa hayat baginda, dari semasa ke semasa, memandu sendiri kenderaan sambil meninjau keadaan dan kemajuannya. Kejayaan Kuantan hari ini, juga banyak terhutang kepada pemerintahan dan pentadbiran yang lepas," katanya.

Wan Rosdy juga menyatakan kesediaan beliau bersama jentera pentadbiran negeri untuk berusaha sebaiknya dalam menjunjung titah Seri Paduka Baginda berhubung hasrat melihat Kuantan mencapai lebih banyak kejayaan.

Sementara itu, Hamdan yang bergelar YDP MPK sejak 19 Jun 2019 dalam sumpah jawatannya berjanji akan melaksanakan tanggungjawab sebagai Datuk Bandar dengan penuh berintegriti, jujur dan amanah serta mengharamkan rasuah bagi dirinya selain akan mendedahkan mereka yang mengamalkan rasuah. - Benama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Muzik 3 bulan yang lalu

Ungu, Ratu Rock Ella Bakal Bersatu Dalam Satu Konsert

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pahang Bina Pusat Pemindahan Tetap Di 5 Daerah, Kos Hampir RM31 Juta

4

Politik 9 bulan yang lalu

PRK Pelangai: BN Tidak Ambil Mudah, Serah 6 Nama Calon

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

USJT Ambil Alih Siasatan Kes Sebar Foto Mayat Zayn Rayyan

Semasa 7 jam yang lalu

Azam Baki Tidak Terlibat Penyebaran Tohmahan Babit Agensi Penguat Kuasa - SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Politik 6 jam yang lalu

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari