web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

Semasa Dikemaskini 1 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2024 12:42PM

Wan Rosdy Wan Ismail. – Gambar fail BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail memfailkan afidavit bagi menyokong permohonan Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menjalani tahanan di rumah.

Menurut laporan Malaysiakini, dalam afidavit tersebut Wan Rosdy berkata beliau telah dimaklumkan oleh Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz mengenai perintah tambahan diraja untuk membenarkan Najib menghabiskan baki hukuman penjara di rumah, bukannya di penjara.

Afidavit itu difailkan di Mahkamah Tinggi di sini minggu lepas. 

Mahkamah menetapkan 5 Jun untuk memutuskan sama ada Najib boleh mendapatkan kebenaran untuk meneruskan semakan kehakiman itu.

Wan Rosdy yang juga Naib Presiden Umno berkata beliau dimaklumkan mengenai titah adendum oleh Tengku Zafrul pada 30 Januari.

“Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz memberitahu ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI telah pun keluarkan keputusan permohonan pengampunan (keputusan pertama) iaitu mengurangkan perintah penjara sebanyak 50 peratus dan hukuman denda pula kepada RM50 juta sahaja.

“Kedua dengan terbit keputusan pertama ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI mengeluarkan satu lagi perintah (perintah adendum) yang memerintahkan supaya pemohon menjalani dengan serta merta hukuman penjaranya di dalam keadaan di rumah kediaman pemohon dan bukan di mana-mana penjara,” katanya dalam afidavit itu.

Wan Rosdy juga berkata perkara tersebut dibincangkan dengan beberapa pemimpin Umno lain di rumah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di Kajang, di mana presiden Umno itu berkata beliau juga diberitahu perkara yang sama oleh Zafrul.

“Beliau (Zahid) juga menyatakan telah membaca perintah adendum tersebut dari Yang Berhormat Senator Zafrul,” katanya.

Sebelum ini Zahid juga mengesahkan afidavit pada 9 April menyokong tawaran Najib untuk tahanan rumah.

Zahid berkata Zafrul menunjukkan dokumen itu pada telefon bimbit menteri itu di rumahnya pada 30 Januari lalu.

Beliau berkata perintah itu mempunyai meterai dan tandatangan Yang di-Pertuan Agong ke-16.

Awal bulan ini, Zafrul gagal mendapat kebenaran daripada Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk memfailkan afidavit bagi “membetulkan kesilapan tertentu” dalam afidavit Zahid berkait semakan kehakiman Najib.

Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan dilaporkan berkata mahkamah menolak permohonan itu atas alasan tiada peruntukan undang-undang untuk seseorang yang bukan pihak dalam prosiding semakan kehakiman memfailkan afidavit.

Laporan Malaysiakini hari ini juga menyebut Jabatan Peguam Negara membantah afidavit Wan Rosdy kerana ia terlalu lewat difailkan.

Peguam responden berhujah Kaedah-Kaedah Mahkamah 2012 tidak membenarkan pemfailan lewat sedemikian terutamanya apabila mahkamah sivil mendengar hujahan lisan pihak-pihak terlibat pada 17 April dan menetapkan 5 Jun untuk memutuskan sama ada Najib boleh mendapatkan kebenaran untuk meneruskan semakan kehakiman itu.

Jika mahkamah sivil memberikan kebenaran maka ia akan menetapkan tarikh kemudian untuk mendengar hujahan lisan pihak-pihak mengenai merit tindakan undang-undang.

Najib memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi pelaksanaan perintah tambahan didakwa oleh Yang di-Pertuan Agong sebelum ini yang dikaitkan dengan pengampunan separa yang mengurangkan separuh hukuman penjaranya kepada enam tahun dan mengurangkan dendanya daripada RM210 juta kepada RM50 juta.

Pada 1 April ketika menjalani hukuman penjara di Penjara Kajang atas kes rasuah SRC International berjumlah RM42 juta, Najib memfailkan permohonan kebenaran semakan kehakiman.

Menurut salinan bidaan semakan kehakiman, Najib mendakwa Agong mengeluarkan adendum pada 29 Januari, hari yang sama dengan perintah pengampunan separa utama. – The Malaysian Insight, 27 Mei, 2024.

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Najib Dapat Persetujuan Kabinet Sebelum Luluskan Surat Sokongan Bon AS$3 Bilion

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Ada Seorang Saksi Penting Dijangka Menyokong Permohonan Najib Untuk Tahanan Di Rumah - Shafee

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Najib Fail Permohonan Cabar Kewujudan Titah Adendum, Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 15 jam yang lalu

Kontroversi MFL: Sultan Sharafuddin Belum Perkenan Permohonan Menghadap FAM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 23 jam yang lalu

Rakaman CCTV, Analisis Laporan Forensik Warga Israel Avitan Shalom Diserah 30 Julai

Semasa 2 jam yang lalu

Pengasas PKR, Syed Husin Ali Meninggal Dunia

oleh Wartawan Getaran