web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


PRK Pelangai: BN Tidak Ambil Mudah, Serah 6 Nama Calon

Politik Dikemaskini 9 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2023 4:58PM

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kanan) beramah mesra bersama penulis dan penyunting buku ‘Budi Pujangga’ pada majlis pelancaran Buku ‘Budi Pujangga’ dan Kelab Pendidikan Muzium Pahang di Sekolah Menengah (P) Methodist hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Barisan Nasional (BN) Pahang tidak mengambil mudah cabaran Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, walaupun mereka kekal mempertahankan kerusi itu sejak dahulu, kata Pengerusinya Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail. 

"Dalam keadaan bagaimana sekalipun, kita kena dan akan terus bekerja kuat... tidak boleh ambil mudah," katanya semasa ditemui selepas melancarkan buku bertajuk 'Budi Pujangga' dan Kelab Pendidikan Muzium Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Methodist (P) di sini, hari ini. 

Selain itu, Wan Rosdy berkata, berdasarkan program pemukiman di Janda Baik, Bentong baru-baru ini, pimpinan parti setuju menyerahkan pemilihan calon kepada pucuk pimpinan dengan enam nama berpotensi sudah diserahkan untuk pertimbangan, sebelum diumumkan dua atau tiga hari menjelang hari penamaan calon. 

DUN Pelangai adalah kerusi bekas Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob sejak 1986 dan selepas beliau mengumumkan bersara daripada politik pada tahun lalu, kerusi itu ditandingi oleh Datuk Seri Johari Harun pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). 

Johari, 53, antara 10 yang maut dalam kejadian pesawat terhempas di Bandar Elmina, di Shah Alam, Selangor pada 17 Ogos lalu dan sehubungan itu Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRK Pelangai diadakan pada 7 Oktober ini, dengan 23 September sebagai hari penamaan calon, manakala pengundian awal berlangsung pada 3 Oktober ini. 

Pada PRU15, Johari menang dengan majoriti 4,048 undi menewaskan calon Perikatan Nasional (PN) Kasim Samat yang mendapat 3,260 undi, calon Pakatan Harapan (PH) Ahmed Wafiuddin Shamsuri yang memperoleh 2,031 undi, manakala calon Pejuang, Isa Ahmad hilang deposit selepas hanya mendapat 64 undi. 

Ditanya mengenai kerjasama BN dengan Pakatan Harapan (PH) pada PRK Pelangai, Wan Rosdy optimis mereka akan mendapat sokongan baik daripada PH dengan mengambil kira semangat Kerajaan Perpaduan. 

"Kerjasama dengan PH Pahang juga telah wujud sejak PRU15 bagi kerusi DUN Tioman sebelum ini," katanya. 

Pada PRU15, pengundian bagi DUN Tioman tidak dapat berlangsung pada hari pengundian 19 November 2022 berikutan kematian calon Perikatan Nasional (PN), Md Yunus Ramli pada awal pagi sama, menyebabkan ia ditetapkan semula pada 7 Disember tahun sama. 

PH semasa itu, memutuskan memberi laluan kepada calon BN mengambil kira kesepakatan antara kedua-dua parti untuk menubuhkan kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

2

Politik 3 bulan yang lalu

Mesyuarat Khas PRK Kuala Kubu Baharu 4 April Depan - SPR

3

Politik 3 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 8 jam yang lalu

PRK Sungai Bakap: ‘Pengundi Muda Tolong Keluar Mengundi’ - PH

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

3 Pengendali Makanan Dikenal Pasti Punca Penularan Tifoid Di Kota Bharu

Semasa 1 hari yang lalu

Majlis Profesor Negara Nafi Salah Guna Dana

Luar Negara 12 jam yang lalu

Parti Buruh Britain Dijangka Menang Pilihan Raya