web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Semasa Dikemaskini 4 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 22 Feb 2024 9:18AM

gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Istiadat penghormatan negeri dan pengebumian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud akan berlangsung hari ini.

Pagi ini, jenazah Allahyarham Abdul Taib akan dibawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, bagi istiadat penghormatan negeri.

Istiadat yang berlangsung di Atrium, DUN Sarawak itu akan bermula pada jam 8 pagi hingga 11.30 pagi bagi membolehkan orang awam, dif- dif kenamaan dan ahli Kabinet memberikan penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri itu.

Solat jenazah dijadual akan diadakan selepas itu di Masjid Demak berdekatan kediaman Allahyarham disusuli istiadat pengebumian negeri di perkuburan keluarga di Demak Jaya.

Abdul Taib, 87, yang digelar Bapa Pemodenan Sarawak meninggal dunia kira-kira jam 4.40 pagi semalam di sebuah hospital di Kuala Lumpur. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Politik 4 bulan yang lalu

DUN Kelantan Lulus Usul Gubal Semula Kesalahan Syariah Diisytihar Batal, Tidak Sah

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemergian Tun Abdul Taib: Sarawak Isytihar Berkabung 2 Hari

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Pemergian Tun Abdul Taib Satu Kehilangan Besar Buat Sarawak, Negara - TPM

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Taib Mahmud 'Dilarikan' Isterinya Dari ICU Hospital Tanpa Kebenaran 

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 13 jam yang lalu

Pertabalan Agong: Sultan Brunei Berkenan Berangkat, Serlah Hubungan Akrab Dengan Malaysia

Semasa 5 jam yang lalu

Polis Tahan Pemilik Akaun TikTok Disyaki Ugut, Fitnah Pempengaruh Wanita

Politik 1 hari yang lalu

PRK Sungai Bakap: Kerajaan Perpaduan Hormat Pilihan Rakyat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa