web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Taib Mahmud 'Dilarikan' Isterinya Dari ICU Hospital Tanpa Kebenaran 

Semasa Dikemaskini 8 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 05 Feb 2024 4:16PM

Bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang pegawai perubatan membuat laporan polis susulan tindakan isteri bekas Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud, 88, mengeluarkan beliau dari Unit Rawatan Rapi, Pusat Pakar Rawatan Normah di Kuching tanpa kebenaran.

Mengikut laporan polis yang dilihat oleh The Vibes, Toh Puan Raghad Kurdi Taib tiba di hospital itu pada jam 11.56 malam Sabtu lalu,  diiringi pengawal peribadi dan pembantunya.

"Walaupun sudah diberitahu mengenai keadaan pesakit yang memerlukan rawatan rapi di hospital, saya dimaklumkan oleh jururawat bahawa beliau (Ragad) tetap bertegas untuk menanggalkan segala alat perubatan yang dipasang ke badan pesakit tanpa pengetahuan kakitangan ICU yang bertugas," menurut laporan polis oleh pegawai perubatan, Dr Mohd Nazrin Jefri yang bertugas ketika kejadian.

Laporan itu juga menyebut, Abdul Taib kemudiannya dibawa keluar oleh Ragad, pembantu dan pengawal peribadinya dengan menggunakan kerusi roda menuju ke kereta Toyota Alphard hitam yang sedang menunggu di lobi hospital terbabit.

Menurut laporan itu juga, Dr Mohd Nazrin berulang-kali memberi penjelasan kepada Ragad bahawa tindakannya membawa keluar Abdul Taib daripada jagaan pihak hospital boleh membahayakan keadaan pesakit.

Laporan polis itu turut menyatakan bahawa pihak hospital sudah menerima salinan surat daripada peguam, Alvin Chong and Partners yang ditujukan kepada Ragad, yang mengarahkan beliau memaklumkan kepada mereka, sekiranya Abdul Taib sudah dibenarkan keluar oleh doktor.

Pada masa sama, pengarah hospital terbabit juga sudah mengeluarkan arahan supaya pesakit kekal menerima rawatan di hospital dan jika dia dibawa keluar tanpa kebenaran pegawai perubatan atau 'dilarikan'  oleh mana-mana ahli keluarga atau isteri, individu terbabit wajib menandatangani borang pelepasan nasihat perubatan pelepasan.

Jika gagal berbuat demikian, tiada perkhidmatan kesihatan akan diberikan kepada pesakit pada masa akan datang. 

Abdul Taib yang mengangkat sumpah sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak pada 1 Mac 2014, digantikan oleh Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 26 Januari lalu. 

Terdahulu, khabar angin mengenai keadaan kesihatan Abdul Taib tersebar sejak Jun lalu, malah sambutan ulang tahunnya yang ke-87 turut ditangguhkan tanpa sebarang penjelasan. - The Vibes, 5 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Pemergian Tun Abdul Taib: Sarawak Isytihar Berkabung 2 Hari

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Pemergian Tun Abdul Taib Satu Kehilangan Besar Buat Sarawak, Negara - TPM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia