web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemergian Tun Abdul Taib Satu Kehilangan Besar Buat Sarawak, Negara - TPM

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Feb 2024 12:01PM

Imam Besar Masjid Negara, Ehsan Mohd Hosni mengimamkan solat jenazah bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dengan disertai kira-kira 200 jemaah yang terdiri daripada ahli keluarga, pemimpin negara dan sahabat Allahyarham. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof menyifatkan pemergian bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud sebagai kehilangan yang besar kepada Sarawak dan negara.

Dalam catatan di Facebook hari ini, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air turut merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga bekas Ketua Menteri Sarawak itu.

"Sedih dan dukacita di atas perginya negarawan, Ayahanda Tun Pehin Sri Hj Abdul Taib Mahmud, bekas Yang Dipertua Negeri Sarawak dan bekas Ketua Menteri Sarawak, awal pagi ini di sebuah hospital di Kuala Lumpur.

"Pemergian Almarhum adalah satu kehilangan besar bukan sahaja buat Sarawak, malah juga negara. Almarhum juga pernah berkhidmat sebagai menteri di peringkat Persekutuan sebelum kembali ke Sarawak. Ya Allah, Ya Tuhanku...ampunilah dia," katanya.

Turut merakamkan ucapan takziah adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

"Satu kehilangan besar buat rakyat Malaysia khususnya rakyat Sarawak kerana Allahyarham memainkan peranan yang cukup penting dalam mentadbir dan memacu kejayaan Negeri Sarawak sehingga kini.

"Terlalu banyak kenangan saya bersama Allahyarham. Beliau merupakan seorang yang mudah didekati dan sentiasa istiqomah menyantuni masyarakat. Semoga Allah SWT menerima segala amal baktinya dan menempatkan Allahyarham dalam kalangan insan soleh serta beroleh jannah," kata Ahmad Zahid.

Abdul Taib, 87, meninggal dunia di sebuah hospital di Kuala Lumpur pada jam 4.40 pagi ini.

Pengurusan jenazah Allahyarham akan dilakukan di Masjid Negara sebelum dibawa pulang ke Kuching, Sarawak untuk dikebumikan. - BERNAMA

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Masjid Seliaan JAKIM Adakan Solat Jenazah Ghaib Ismail Haniyeh Malam Ini

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Berangkat Ke Majlis Bacaan Yasin Dan Doa Selamat

3

Semasa 4 bulan yang lalu

Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Jenazah 2 Mangsa Disolatkan Di Masjid Tunku Laksamana Abdul Jalil

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Istiadat Penghormatan Negeri, Pengebumian Abdul Taib Hari Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia