web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahang Bina Pusat Pemindahan Tetap Di 5 Daerah, Kos Hampir RM31 Juta

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 21 Nov 2023 4:44PM

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail (kiri) meninjau kemudahan tandas di Pusat Pemindahan Tetap (PPT) Kampung Luit pada majlis perasmian PPT pertama di Malaysia hari ini. gambar BERNAMA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MARAN - Kerajaan negeri Pahang membina lima pusat pemindahan tetap (PPT) dengan kos hampir RM31 juta di lima daerah untuk keselesaan penduduk terjejas banjir, kata Menteri Besar, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Beliau berkata, buat masa ini, PPT di Kampung Luit di sini sudah siap dibina dan menjadi pusat pertama seumpamanya di Malaysia, manakala pelaksanaan di daerah Lipis, Temerloh, Kuantan dan Pekan pula dijadual selesai dalam tempoh satu hingga dua tahun. 

"PPT di Kampung Luit dibina dengan kos RM650,300 dan mampu menampung sehingga 24 keluarga jika banjir berlaku. Ini adalah sebahagian daripada usaha kerajaan negeri untuk memastikan kesejahteraan rakyat kerana banjir lazim berlaku di Pahang.  

"Jika sebelum ini mereka (yang terjejas banjir) dipindahkan ke masjid atau sekolah, tetapi selepas ini mereka boleh ditempatkan di PPT yang selesa dan dilengkapi pelbagai kemudahan. Kita tidak mahu rakyat terus berasa tertekan setiap kali banjir berlaku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan PPT Kampung Luit di sini, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Wanita dan Keluarga Pahang, Datuk Sabariah Saidan. 

Menurut Wan Rosdy, pembinaan PPT dibuat dengan penilaian kesesuaian lokasi dan bilangan mereka yang sering terjejas banjir, selain dilengkapi kemudahan asas bekalan air bersih dan elektrik, kemudahan membersih diri dan persekitaran selamat untuk dihuni, menjadikan kos setiap satu berbeza mengikut reka bentuk. 

Pada perkembangan berkaitan, Wan Rosdy juga mengumumkan Pejabat Setiausaha Kerajaan (SUK) Pahang akan menubuhkan Pasukan Ahli Sokongan Pertahanan Awam atau Civil Defence Auxiliary Member (CDA) dengan keanggotaannya melibatkan penjawat awam di pejabat SUK negeri ini. 

Pasukan itu dengan sasaran awal keanggotaan sebanyak 30 orang atau satu platun, dijangka dilancarkan tahun depan dan diharap dapat membantu Angkatan Pertahanan Awam (APM) atau agensi lain dalam aspek kesiapsiagaan situasi kecemasan atau bencana. 

Wan Rosdy seterusnya berharap penduduk negeri ini terutamanya mereka yang tinggal di kawasan berisiko banjir untuk sentiasa bersedia berpindah, jika diarahkan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini sepanjang musim tengkujuh. - BERNAMA 

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Bomba Selamatkan 2 Warga Bangladesh Terperangkap Atas Bumbung Kerana Banjir

2

Video & Galeri 2 bulan yang lalu

Puluhan Kereta Ditenggelami Air Akibat Banjir Kilat Di Penampang

3

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Alahai Kasihannya Kakak Ni, Menangis Takut Banjir

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Tengku Zafrul Beritahu Tentang Perintah Tahanan Rumah Najib, Kata MB Pahang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki