web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Banduan Lari PKRC, Dipenjara 20 Bulan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 10 Sep 2021 8:33PM

Jimnajir (dua kiri) meringkuk lebih lama di penjara selepas mengaku salah melarikan diri dari PKRC baru-baru ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Hasrat seorang banduan mahu menikmati kebebasan di luar tirai besi tidak kesampaian, apabila dia dijatuhi hukuman penjara 20 bulan oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini, atas dua pertuduhan melarikan diri dari pusat kuarantin.

Tertuduh Jimnajir Annor, 23, didakwa melakukan kesalahan itu di Pusat Kuarantin, Dewan Arena di sini pada jam 12.30 tengah malam pada 5 September lalu.

Berdasarkan pertuduhan pertama, Jimanjir didakwa melakukan kesalahan mengikut Seksyen 224 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga dua tahun,atau denda atau kedua-duanya sekali kerana melarikan diri dari pengawasan.

Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa mengikut Seksyen 269 Kanun Keseksaan atas kesalahan melakukan perbuatan yang mungkin boleh merebakkan jangkitan penyakit berbahaya COVID-19.

Sehubungan itu, tertuduh berdepan hukuman penjara sehingga enam bulan atau dengan denda atau kedua-duanya sekali.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Tawau, Amir Shah Amir Hassan kemudian menjatuhkan hukuman penjara 14 bulan bagi tuduhan pertama bermula hari ini dan enam bulan lagi bagi pertuduhan kedua terhadap tertuduh.

Beliau turut mengarahkan kedua-dua hukuman dijalankan secara berasingan.

Pendakwaan dilakukan Pegawai Pendakwa Asisten Superintenden (ASP) Dayang Nur Azarinawaty Awang Kachee manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berdasarkan rekod, Jimnajir sedang menjalani hukuman dua bulan penjara dan satu sebatan bermula Ogos lalu atas kesalahan judi dan imigresen.

Getaran sebelum ini melaporkan, Jimnajir bersama dua lagi banduan Hasyim Muhamad Syata, 34, dan Niko Matheus, 25, melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena Tawau.

Bagaimanapun, hanya Jimnajir yang hadir di mahkamah manakala Hasyim dan Niko dimasukkan ke hospital selepas dikatakan mengalami simptom jangkitan COVID-19. - Getaran, 10 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

2

Semasa 6 bulan yang lalu

Aidilfitri: Keluarga Dibenar Lawat Penghuni Penjara Pada Raya Ketiga, Keempat

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Bunuh Tunang: Hukuman Mati Banduan Akhir Diganti Dengan Penjara, Sebatan

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia