web statsweb stats

Berita Terkini

1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 4 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 5 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun

IKUTI KAMI


Sah, Hukuman Penjara Najib Dikurang 6 Tahun

Semasa Dikemaskini 7 bulan yang lalu ยท Diterbitkan pada 02 Feb 2024 4:45PM

Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya mengurangkan hukuman penjara dan denda bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebanyak 50 peratus. gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Hukuman penjara dan denda ke atas mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikurangkan sebanyak 50 peratus.

Urusetia Lembaga Pengampunan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya berkata, keputusan berkenaan ditetapkan pada mesyuarat lembaga kali ke-61 yang bersidang 29 Januari lalu.

Serentak dengan itu menurut beliau, Najib bakal dibebaskan pada 23 Ogos 2028, manakala denda yang perlu dibayar adalah RM50 juta.

“Sekiranya denda tidak dibayar, tempoh penjara bagi Najib akan ditambah selama setahun, sekali gus bermakna beliau hanya akan dibebaskan pada 23 Ogos 2029,” katanya.

Jelas urusetia tersebut, mesyuarat minggu lalu telah menimbangkan lima kertas pengampunan, termasuk permohonan bekas Ahli Parlimen Pahang itu. 

“Mesyuarat dipengerusikan Seri Paduka Baginda Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah,” katanya.

Pengumuman oleh Lembaga Pengampunan itu sekali gus mengesahkan laporan oleh media Singapura, CNA yang memetik kenyataan sumber rasmi kerajaan bahawa hukuman penjara ke atas Najib dikurangkan kepada enam tahun.

Susulan laporan, Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil menyeru media supaya menunggu kenyataan rasmi Lembaga Pengampunan sebelum membuat sebarang laporan.

Najib didapati bersalah atas kesalahan menyeleweng dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun serta denda RM210 juta. - Getaran, 2 Februari 2024

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Rogol Wanita: Da'i Syed Dipenjara 10 Tahun, 3 Sebatan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Buat Laporan Palsu Diragut, Suri Rumah Didenda RM1,200

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Pemilik Resort Anjur Parti Aloha Didenda RM25,000

4

Semasa 4 bulan yang lalu

Muat Naik Hantaran Jelik, Peniaga Didenda RM23,000

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Yang di-Pertuan Agong Berangkat Ke China Sempena Lawatan Negara

Semasa 1 hari yang lalu

PM Beri Sumbangan Peribadi Kepada Mangsa Banjir Di Perlis

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

Semasa 19 jam yang lalu

Alif Teega Didakwa Salah Guna Wang Lebih RM60,000