web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MPPD Sasar Sejuta Pelancong Ke PD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 7:36AM

Orang ramai menikmati keseronokan menunggang 'bot pisang' di Pantai Telok Kemang selepas Negeri Sembilan memasuki Fasa 3 PPN pada 4 September lalu. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PORT DICKSON - Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) menyasarkan kedatangan sejuta pelancong ke daerah ini menjelang akhir tahun 2021 susulan Negeri Sembilan dijangka beralih ke Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN) dalam waktu terdekat.

Yang Dipertua MPPD, Mohd Zamri Mohd Esa berkata sasaran itu mampu dicapai berikutan kedatangan pelancong sekitar Negeri Sembilan semakin meningkat dengan Port Dickson merekodkan kira-kira 150,000 pengunjung selepas sektor pelancongan mula dibuka semasa Fasa Tiga PPN pada 4 Sept lepas.

Beliau berkata jumlah pengunjung dijangka terus meningkat apabila kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri tidak lama lagi memandangkan Port Dickson sememangnya menjadi tumpuan pelancong sebelum ini.

"Oleh itu, kita sudah melakukan segala persediaan bagi pembukaan semula operasi sektor pelancongan kepada pelancong domestik termasuk membaik pulih dan menaik taraf premis kawasan pelancongan di sini.

"Prasarana dan infrastruktur yang bakal siap akhir tahun nanti juga akan memberi lebih kemudahan serta keselesaan kepada pengunjung selain memastikan Port Dickson kembali dikunjungi orang ramai," katanya kepada pemberita selepas melakukan lawatan ke projek pelancongan di sini, semalam.

Mohd Zamri berkata kerja naik taraf itu membabitkan pembinaan pusat penempatan semula penjaja di Pantai Bagan Pinang, Taman Sunggala Hartamas dan Pusat Perniagaan Lukut Utama selain membina kios baharu serta pembinaan arca di Pantai Saujana.

Beliau berkata pihaknya turut menambah baik infrastruktur di Dataran Telok Kemang dengan membina diod pemancar cahaya papan iklan sebagai hebahan kepada masyarakat selain memberi ‘nafas baharu’ kepada Port Dickson untuk kembali menjadi tarikan pelancong tempatan dan luar negeri.

Katanya pemantauan dan pengawasan di setiap lokasi tumpuan sentiasa dilakukan bagi memastikan orang ramai menjaga prosedur operasi standard yang ditetapkan dalam mengurangkan jangkitan COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia