web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


115 Keluarga Hilang Tempat Tinggal, Kediaman Musnah Terbakar 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 4:39PM

Kebakaran yang berlaku di Penempatan Telipok, hari ini, telah menyebabkan 115 keluarga hilang tempat tinggal dalam sekelip mata.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Sebanyak 115 buah keluarga hilang tempat berteduh selepas rumah mereka di Penempatan Telipok terlibat dalam kebakaran, hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Bomba) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.07 tengah hari tadi melalui talian MERS999.

Pemandangan dari atas menunjukkan keadaan di Penempatan Telipok yang terbakar hari ini.
Pemandangan dari atas menunjukkan keadaan di Penempatan Telipok yang terbakar hari ini.

Menurut jurucakap berkenaan, 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lintas bersama dua jentera dan van Unit Perkhidmatan Perubatan Kecemasan (EMRS).

"Bantuan digerakkan oleh BBP Tuaran yang mengerahkan 10 anggota bersama dua jentera dan satu EMRS serta 11 anggota bersama dua jentera dari BBP Kota Kinabalu.

"Api berjaya dikawal pada jam 2.23 petang dan kejadian berkenaan melibatkan 23 rumah jenis setinggan," katanya.

Jurucakap itu memberitahu, bomba turut mengalami kesukaran untuk masuk ke lokasi kebakaran ekoran dari laluan yang sempit dan sesak oleh kenderaan awam.

Sehingga jam 4 petang tadi, operasi memadam kebakaran masih diteruskan. - Getaran, 11 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia