web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jakim Diarah Buat Draf Baharu SOP Solat Jemaah Di Masjid, Surau

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2021 4:49PM

Jakim diarah untuk membuat draf ketetapan baharu mengenai SOP berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau untuk dijadikan panduan kepada semua negeri. - Gambar Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) diarah untuk membuat draf ketetapan baharu mengenai prosedur operasi standard (SOP) berkaitan solat berjemaah di masjid dan surau untuk dijadikan panduan kepada semua negeri.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad berkata perkara itu adalah sejajar dengan hasrat kerajaan untuk mempersiapkan negara bagi memasuki fasa endemik COVID-19 pada penghujung Oktober ini, selepas 80 peratus penduduk menerima dos lengkap vaksin COVID-19.

Menurut Idris, beliau juga akan mengadakan pertemuan dengan mufti-mufti, Kementerian Kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) dalam masa terdekat bagi membincangkan beberapa cadangan yang boleh diambil termasuk memberi ruang kapasiti yang lebih luas untuk umat solat berjemaah di masjid dan surau dengan langkah-langkah keselamatan yang rapi.

"Selain itu, cadangan untuk menjadikan lebih banyak surau biasa termasuk surau-surau di pejabat sebagai tempat mendirikan solat Jumaat juga akan turut dibincangkan bersama pihak berkuasa agama negeri.

"Kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan solat berjemaah di masjid dan surau serta aktiviti berkaitannya," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata semua ketetapan yang akan dibuat kelak turut mengambil kira titah nasihat, pandangan dan perkenan Yang di-Pertuan Agong serta Sultan dan Raja negeri-negeri yang bertanggungjawab mengenai urusan hal ehwal Islam di negara ini.

"Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) memberi jaminan akan terus berusaha bersama pihak berkuasa agama negeri dalam perkara berkaitan hal ehwal agama Islam agar ia dapat dilaksanakan dengan lebih teratur serta menurut lunas perundangan.

"Saya amat berharap agar masyarakat khususnya umat Islam memahami bahawa sebarang keputusan yang akan dibuat oleh pihak kerajaan dalam setiap perkara, keselamatan rakyat adalah perkara yang paling menjadi keutamaan," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia