web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Juta Remaja Akan Terima Vaksin COVID-19 Tahun Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 5:50PM

Proses pemberian vaksin kepada 3 juta remaja akan dimulakan bulan ini di beberapa negeri tertentu terlebih dahulu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kementerian Kesihatan (KKM) menyasarkan keseluruhan remaja dalam negara akan menerima vaksin COVID-19 sebelum sesi persekolahan baharu bermula Januari tahun depan.

Menterinya Khairy Jamaluddin berkata proses pemberian vaksin kepada tiga juta remaja akan dimulakan bulan ini di beberapa negeri tertentu terlebih dahulu.

"Kementerian Pendidikan dijangka akan mengumumkan pembukaan sekolah secara berperingkat esok dan kami berharap dapat mencapai sasaran semua remaja divaksin seawal Januari 2022," katanya pada sidang media bersama Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow di sini hari ini.

Beliau juga berkata proses pemberian vaksin kepada kira-kira 130,000 remaja di Pulau Pinang akan bermula hujung bulan ini dan ia akan dilaksanakan di sekolah masing-masing dengan kehadiran ibu bapa mereka.

"Murid-murid akan dipanggil untuk proses vaksinasi mengikut keutamaan bermula minggu ke empat bulan ini di Pulau Pinang. Saya akan tentukan minggu depan jadual vaksinasi remaja untuk negeri-negeri lain pula," katanya.

Sementara itu Khairy berkata pihaknya belum membuat keputusan berkenaan proses pemberian vaksin untuk warga asing di Pulau Pinang secara jumpa terus seperti yang dilaksanakan di Lembah Klang sebelum ini.

Beliau seterusnya menggalakkan pesakit di tahap satu dan dua yang berisiko tinggi di Pulau Pinang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 (PKRC) di Pusat Kecemerlangan Mara (MEC) Jawi di Nibong Tebal.

Katanya beliau difahamkan kapasiti katil PKRC MEC berjumlah 1,038 namun ketika ini penggunaannya hanya 500 dan KKM menggalakkan pesakit COVID-19 di tahap satu dan dua untuk turut juga kuarantin di situ.

"Kami memerlukan kerjasama wakil komuniti dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri) untuk memujuk pesakit-pesakit yang berisiko untuk menjalani kuarantin di PKRC bagi mengurangkan kadar jangkitan," katanya.

Beliau berkata KKM juga akan membuka PKRC tambahan di Pusat Latihan Zakat (PULAZA) di Balik Pulau yang menawarkan 190 katil selain meminta pihak swasta membantu dalam penubuhan PKRC swasta memandangkan terdapat pesakit di Pulau Pinang yang memilih untuk menjalani kuarantin di PKRC swasta. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia