web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kami Ikut SOP, Bukan Berat Sebelah - Masjid Putra

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Sep 2021 7:29PM

Tular di media sosial mengenai sekumpulan individu dipercayai golongan kenamaan dikatakan berjaya memasuki masjid tanpa perlu mengikut giliran yang ditetapkan. - Gambar dari media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Operasi Masjid Putra di Putrajaya dilakukan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan, tanpa sebarang pilih kasih ke atas individu tertentu mengikut pangkat atau kedudukan.

Jurucakap pengurusan masjid berkata, kehadiran kehadiran jemaah sama ada kerana solat fardu lima waktu atau solat Jumaat dibuat selaras peraturan ditetapkan.

Menurut beliau, kapasiti bagi solat Jumaat di premis masjid berkenaan sudah ditetapkan kepada 300 jemaah sahaja.

"Daripada jumlah tersebut, pihak pengurusan masjid turut memperuntukkan sejumlah slot untuk jemaah tetap yang telah mendaftar lebih awal, dan memaklumkan jangkaan waktu ketibaan di masjid bagi memudahkan pihak pengurusan memastikan bilangan kehadiran adalah bertepatan dengan kuota yang ditetapkan," katanya hari ini.

Jelas jurucakap itu, pintu pagar utama masjid akan ditutup sebaik kuota berkenaan telah dipenuhi.

"Langkah ini yang dilihat menyebabkan ada jemaah tidak dapat memasuki masjid dan pihak pengurusan juga memaklum dan menasihatkan mereka secara baik mengenai perkara tersebut.

“Bagi memelihara nama baik institusi masjid, pihak pentadbiran akan berusaha sedaya upaya menyediakan perkhidmatan cemerlang kepada jemaah yang terdiri daripada pelbagai kedudukan," katanya.

Menurut beliau, mereka bersedia mempertingkatkan lagi kualiti pengurusan demi memastikan pelanggan setia gembira dan berpuas hati dengan khidmat.

Video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan jemaah tidak dapat memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat sedangkan ada orang kenamaan dipercayai dapat memasukinya tanpa mengikut giliran. - Gambar dari media sosial
Video yang tular di media sosial menunjukkan sekumpulan jemaah tidak dapat memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat sedangkan ada orang kenamaan dipercayai dapat memasukinya tanpa mengikut giliran. - Gambar dari media sosial

Sementara itu, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Ahmad Marzuk Shaary berkata, layanan  'ala kayangan' itu tidak seharusnya berlaku.

Menurut beliau, pihak pengurusan masjid  diminta agar tidak membeza-bezakan  individu atau kumpulan tertentu, sebaliknya memberi layanan sama rata kepada semua jemaah yang hadir untuk menunaikan solat.

“Pihak Menteri Agama sendiri telah  meminta dan memohon penjelasan daripada pihak masjid khususnya di bawah kelolaan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan Insya Allah, dalam tempoh sehari dua lagi perkara ini kita akan selesaikan.

“Saya sendiri pun sebenarnya apabila ke masjid saya beratur, paling penting yang mahu ke masjid perlu pergi awal dan ambil tempat sesuai,” katanya.

Mengulas lanjut Ahmad Marzuk berkata, pengurusan masjid turut diingatkan supaya mempunyai budi bicara dalam menentukan kehadiran jemaah, selain memastikan mereka mematuhi SOP ditetapkan. 

Dalam video yang tular itu, sekumpulan individu dipercayai golongan kenamaan dikatakan berjaya memasuki masjid tanpa perlu mengikut giliran ditetapkan, sekali gus mengundang kecaman netizen dan orang ramai, kerana mendakwa pengurusan premis mengamalkan layanan berat sebelah. - Getaran, 11 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia