web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


41 Kilogram Syabu Dirampas, Tangkapan Kedua Sejak Isnin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Sep 2021 8:28PM

Polis merampas 41kg dadah jenis syabu yang disembunyi di dalam kontena di Jalan Sin On, Tawau, kelmarin. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TAWAU - Sebanyak 41 kilogram dadah jenis syabu dianggarkan bernilai hampir RM1.5 juta berjaya dirampas dalam serbuan di sebuah syarikat pengangkutan, di Jalan Sin On, di sini, kelmarin.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner (ACP) Peter Umbuas berkata, ia susulan daripada tangkapan terbesar Isnin lalu, membabitkan 303 kilogram dadah yang sama, di Kampung Batu Payung.

"Hasil maklumat daripada suspek lelaki berusia 49 tahun itu, polis melakukan serbuan di kawasan penyimpanan kontena di Jalan Sin On, jam 12.30 tengah hari, Khamis lalu.

"Pemeriksaan ke atas sebuah kontena di situ berjaya menemui 13 bungkusan plastik berisi hablur putih dipercayai syabu yang disembunyikan dalam enam kotak berasingan," katanya hari ini.

Menurut Peter, siasatan turut dilakukan terhadap syarikat berkaitan untuk memastikan penglibatan mereka dalam sindiket pengedaran dadah berkenaan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39B Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman mati mandatori,” katanya.

Operasi terbaharu itu menjadikan jumlah keseluruhan syabu yang berjaya dirampas setakat ini mencecah 344 kilogram. - Getaran,  11 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

3

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia