web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


PDRM Sahkan Helikopternya Terbang Berhampiran Ruang Udara Singapura

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 7:32AM

Hazani Ghazali - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan helikopter miliknya melakukan penerbangan di ruang udara berhampiran Singapura bagi tujuan penugasan rasmi hari ini, kata Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Hazani Ghazali.

“Sepanjang penugasan itu berlangsung sehingga kini, PDRM tidak menerima pemakluman oleh pihak berkuasa ruang udara Singapura mengenai sebarang insiden penerbangan helikopter telah memasuki ruang udara mereka,” katanya dalam kenyataan.

Kenyataan itu dikeluarkan susulan sebaran mesej menerusi media sosial mendakwa helikopter PDRM menceroboh ruang udara Singapura.

Terdahulu tular menerusi media sosial, sebuah portal tempatan melaporkan sebuah helikopter Agusta Westland AW139, dengan “call sign” 9M-PMD yang dalam perjalanan ke Pengerang terbang melintasi Pulau Tekong, lokasi latihan ketenteraan dan khidmat negara Singapura diadakan.

Sementara itu Kementerian Pertahanan Singapura berkata Tentera Udara Republik Singapura (RSAF) menggerakkan pesawat tempur F-16 miliknya ke kawasan berkenaan sekitar pukul 9.20 pagi ini sebagai tindak balas terhadap kemungkinan ancaman udara.

"Setelah memastikan bahawa keselamatan kami tidak dikompromi, pesawat tempur itu diarahkan kembali," kata jurucakap berkenaan ketika menjawab pertanyaan media.

Menurut kementerian itu secara purata pesawat tempur RSAF dikerah untuk menyiasat dan menangani 350 potensi ancaman udara setiap tahun. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia