web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Positif COVID-19, Baru Bian Tidak Hadiri Sidang Dewan Rakyat 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 6:05PM

Baru Bian

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian tidak dapat menghadiri persidangan Dewan Rakyat yang dijadual bermula esok setelah disahkan positif COVID-19.

Menurut Baru, beliau disahkan positif COVID-19 malam Jumaat lalu ketika menjalani ujian Real-Time Reverse Transcription-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) tiga hari sebelum Parlimen bersidang.

"Saya hanya mengalami gejala ringan, selesema dan demam yang ringan tapi sudah beransur pulih semalam.

"Sepatutnya saya bertolak ke Kuala Lumpur dari Kuching hari ini untuk menghadiri sidang Parlimen esok tetapi diarah menjalani kuarantin sehingga 21 September ini," katanya kepada Getaran hari ini.

Baru juga percaya, vaksin COVID-19 yang diambilnya beberapa bulan lalu telah menghalang beliau daripada mengalami gejala serius sehingga perlu dimasukkan ke hospital.

“Kerana itu saya amat berharap mereka yang belum mendapatkan vaksin COVID-19 agar berbuat demikian.

“Vaksin COVID-19 dapat menyelamatkan nyawa anda,” katanya. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia