web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pondok Bit Polis Terbakar, 2 Lelaki Ditahan   

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Sep 2021 9:22PM

Shafien Mamat menunjukkan gambar pondok bit polis berdekatan Pasar Jelawat, dekat Bachok yang terbakar, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Polis menahan dua lelaki susulan kebakaran pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) berdekatan Pasar Jelawat, Bachok, semalam, yang disyaki dilemparkan bom petrol.

Dua lelaki berusia 24 dan 37 tahun itu ditahan berasingan selepas kejadian itu tular di Facebook dan aplikasi WhatsApp, yang menyaksikan seorang penunggang motosikal membakar pondok berkenaan.

Suspek pertama ditahan pada jam 10.30 malam semalam, manakala seorang lagi pada jam 2.30 pagi tadi.

Insiden kebakaran yang berlaku pada jam 3.12 pagi semalam itu merosakkan sebahagian besar pondok bit polis terbabit.

Gambar menunjukkan pondok bit berdekatan Pasar Jelawat, dekat Bachok yang terbakar semalam.
Gambar menunjukkan pondok bit berdekatan Pasar Jelawat, dekat Bachok yang terbakar semalam.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, pondok bit polis itu dikesan terbakar oleh orang awam yang kemudian melaporkan insiden tersebut kepada Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Bachok.

Katanya, siasatan mendapati terdapat kesan jelaga pada dinding luar pondok dan kesan terbakar di bawah dinding serta retak pada cermin tingkap.

"Hasil rakaman kamera litar tertutup (CCTV) tidak jauh dari lokasi itu, seorang lelaki yang menunggang motosikal dilihat melempar sesuatu ke arah pondok bit tersebut.

"Pemeriksaan di kawasan terbakar turut menemukan satu kepingan bahan yang terbakar, dipercayai diperbuat daripada plastik dan rampasan telah dibuat untuk dijadikan barang kes," katanya.

Mengulas lanjut Shafien berkata, susulan insiden itu, pihaknya menahan dua lelaki dan masing-masing dikesan memiliki rekod lampau berkaitan dadah, malah ujian saringan air kencing mendapati seorang daripada suspek turut positif metafetamin. 

Katanya, siasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengesan sama ada kejadian itu membabitkan individu lain atau sebaliknya. 

Polis juga jelas beliau, sedang menyiasat motif kejadian.

"Suspek direman selama enam hari sehingga 17 September dan kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan," katanya.

Dalam perkembangan lain, Shafien memberitahu, polis turut menerima laporan palsu berhubung kejadian tembak dan bunuh di Kampung Kolam Abu, Machang.

"Susulan laporan palsu itu, polis menahan seorang lelaki berusia 31 tahun pada jam 1 pagi hari ini dan hasil ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis metafetamin.

"Laporan palsu itu diterima Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) pada jam 11.21 malam semalam dan suspek direman tiga hari sehingga 14 September untuk siasatan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan kerana membuat laporan palsu," katanya.

Terdahulu, Shafien menyaksikan upacara Serah Terima Tugas Jawatan Timbalan Ketua Polis Kelantan daripada Senior Asisten Komisioner (SAC) Abdullah Mohammad Piah kepada Datuk Muhamad Zaki Harun.

Abdullah akan bersara selepas 39 tahun berkhidmat dalam pasukan PDRM, manakala Muhammad Zaki sebelum ini bertugas sebagai Ketua Penolong Pengarah (Bahagian Dasar Sumber Manusia) Pembangunan Kerjaya Jabatan Pengurusan Bukit Aman. - Getaran, 12 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia