web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


40 Ketulan Mampat Heroin Dirampas, 2 Lelaki Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Sep 2021 4:54PM

Nilai rampasan dadah berkenaan dianggarkan berjumlah kira-kira RM1.4 juta.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Sebanyak 40 ketulan mampat heroin dengan anggaran berat 15 kilogram dan mampu digunakan kira-kira 900,000 penagih dadah, dirampas polis menerusi penahanan seorang lelaki di Changlun, dekat Kubang Pasu, pada Jumaat lalu.

Ketua Polis Kedah, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, penahanan lelaki berusia 42 tahun itu dibuat di tepi jalan dekat Kampung Changhai, Changlun kira-kira jam 11 pagi setelah dia diarahkan untuk turun dari kereta jenis Toyota Corolla berwarna biru yang dipandu.

Menurut beliau, selain ketulan mampat dadah tersebut, operasi oleh Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu turut menemui sepaket plastic ungu yang mengandungi 114 pil berwarna merah dan hijau.

“Semua itu yang tertulis perkataan ‘WY’ di atasnya dipercayai adalah pil kuda dan secara keseluruhan, nilai rampasan dadah yang ditemui dalam bonet kereta berkenaan dianggarkan berjumlah kira-kira RM1.4 juta.

“Susulan penahanan itu, pihak kami menyerbu sebuah rumah di Kampung Padang, Mukim Temin, Changlun kira-kira jam 2 petang hari yang sama dan menahan seorang pemandu lori berusia 37 tahun kerana disyaki turut terbabit,” katanya.

Kamarul Zaman menyatakan demikian pada sidang akhbar di IPK Kedah di sini hari ini.

Katanya, siasatan awal mendapati kesemua dadah tersebut dibawa masuk dari negara jiran untuk dipasarkan di selatan tanah air.

“Setakat ini kami masih menyiasat sama ada dadah itu dibawa masuk melalui laluan haram atau sah ke negara ini. Siasatan juga tertumpu kepada usaha untuk mengenal pasti rangkaian sindiket tersebut,” katanya.

Selain dadah itu, Kamarul Zaman memaklumkan pihaknya turut menyita sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Mitsubishi Storm, wang tunai berjumlah RM5,030 serta seutas rantai dan gelang.

“Kedua-dua suspek didapati tidak memiliki rekod jenayah lampau namun ujian air kencing yang dijalankan mendapati mereka positif dadah jenis metafetamin.

“Siasatan lanjut kini dijalankan mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dengan suspek direman selama tujuh hari bermula 11 hingga 17 September depan,” katanya. - Getaran 13 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 6 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Penemuan Pergelangan Tangan Manusia: Gaduh Rebut Kawasan Dadah Dipercayai Punca Kejadian

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

Sorotan

1

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

2

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

3

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

4

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

5

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

Disyorkan untuk anda

Sukan 3 jam yang lalu

Kematian Pemain China: BWF Semak Semula Protokol Tindak Balas Kecemasan

Semasa 15 jam yang lalu

Kerajaan Teliti Impak Sebelum Buat Keputusan Mengenai Rasionalisasi Subsidi RON95 - PM 

Sukan 18 jam yang lalu

Agong Zahir Kata-Kata Semangat Untuk Kontinjen Olimpik, Paralimpik Negara 

Sukan 1 hari yang lalu

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang