web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kuari Runtuh, Pemandu Jengkaut Maut Ditimbus Batu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 13 Sep 2021 7:59PM

Seorang pekerja maut selepas tertimbus dalam runtuhan batu di sebuah kuari di Kampung Tanjung Durian, Seniawan, di Bau, hari ini.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BAU - Seorang lelaki maut selepas tertimbus dalam runtuhan batu sebuah kuari di Kampung Tanjung Durian, Seniawan, di sini petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bau, Pegawai Kanan Penguasa Bomba Kanan (PKPgB) Tawang Lingem berkata, mangsa dikenali sebagai Anthony Kanna, 48.

Menurut beliau, pihaknya yang menerima laporan pada jam  3.18 petang menggerakkan sembilan anggota bersama satu jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) ke lokasi kejadian.

"Kita dimaklumkan kuari berkenaan telah roboh dan runtuhan batu bersaiz 20 meter telah menimbus sebuah jengkaut serta pemandunya yang sedang bertugas.

"Ketika kejadian, mangsa sedang melakukan kerja meratakan tapak batu," katanya.

Tawang memberitahu, satu aktiviti meletupkan batu di kawasan kuari telah dilakukan Syarikat Holly Stone Quarry pagi tadi, dan ia mungkin punca yang menyumbang kepada runtuhan tersebut.

"Empat jengkaut milik syarikat sama sedang melaksanakan kerja-kerja pembersihan untuk ke lokasi mangsa tertimbus, yang dianggarkan 50 meter dari Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK)," jelasnya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditangguhkan pada jam 4.45 petang berikutan hujan lebat di lokasi, sebelum disambung 45 minit kemudian.

"Sebuah jentera penebuk turut digerakkan ke lokasi bagi membolehkan bom dipasang, khusus untuk memecahkan batu yang menimpa mangsa," katanya.

Setakat ini mayat mangsa masih belum berjaya dikeluarkan. - Getaran, 13 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia