web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kemalangan Bukan Cubaan Ragut, Hanya Tali Layang-Layang Terputus - OCPD

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 11:25AM

Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kemalangan membabitkan seorang penunggang motosikal di Lebuhraya SPRINT, Petaling Jaya 2 September lalu bukan berpunca daripada perbuatan khianat, sebaliknya diakibatkan oleh tali layang-layang yang terputus.

Ketua Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner (ACP) Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pihaknya menerima satu laporan kemalangan di Lebuhraya SPRINT membabitkan sebuah motosikal yang terlanggar tali di atas jalan raya pada jam 10.37 pagi, 6 September lalu.

Menurut beliau, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada jam 6.30 pagi 2 September, ketika mangsa dalam perjalanan pulang dari Pavilion Damansara, Kuala Lumpur ke Meru, Klang.

"Sebaik sampai di Lebuhraya SPRINT iaitu kira-kira 1 kilometer daripada susur keluar Plaza Tol Damansara, mangsa terlanggar tali layang-layang yang terputus dan terkena mukanya.

"Dia mengalami luka koyakan di bahagian pipi dan bibir akibat kejadian itu," katanya hari ini.

Kenyataan itu sekali gus menafikan maklumat yang tular di media sosial, bahawa kemalangan terbabit adalah cubaan meragut menggunakan rentangan tali tangsi di Terowong Penchala Link yang mensasarkan penunggang motosikal.

Mohamad Fakhrudin berkata, siasatan yang dijalankan mendapati tiada sebarang unsur jenayah atau khianat dan ia hanyalah satu kemalangan.

"Kejadian itu juga tiada kaitan dengan cubaan ragut di Terowong Penchala Link seperti yang ditularkan di media sosial, semalam.

"Sehingga kini kita tiada menerima sebarang laporan berkaitan cubaan meragut dengan memasang atau merentang tali tangsi di Terowong Penchala Link," katanya. – Getaran, 14 September 2021.

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Sukan 3 bulan yang lalu

Negeri Sembilan FC Sahkan Pemain Import Mika Junco Jadi Mangsa Ragut

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

4

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia