web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Orang Utan Borneo Jalani Ujian COVID-19

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 11:58AM

Doktor veterinar melakukan ujian swab test ke atas seekor Orang Utan di Sandakan, Sabah. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - 30 ekor Orang Utan di Sabah telah menjalani ujian saringan COVID-19 pada Selasa lalu, namun keputusan ujian mendapati ia negatif.

Ujian calitan ke atas haiwan terancam itu adalah saringan yang pertama kali dijalankan terhadap Orang Utan di rantau Asia Tenggara, jelas Penolong Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Sen Nathan.

Saringan yang dijalankan di sebuah pusat pemulihan dan taman hidupan liar di kepulauan Borneo itu adalah susulan pengesanan kes positif jangkitan COVID-19 dalam kalangan pekerja tempat tersebut.

“Ujian saringan COVID-19 merupakan kaedah yang penting dalam membolehkan kita mengharungi pandemik ini dan ianya juga sama penting bagi populasi Orang Utan kita.

“Ini kerana penyakit ini juga merbahaya bagi kesihatan Orang Utan sekali gus membantutkan usaha pemulihan populasi mereka.

“Doktor veterinar kami akan terus memantau haiwan-haiwan tersebut dan ujian saringan akan dijalankan sekerap mungkin,” jelas Sen.

Menurut Pertubuhan Dana Hidupan Liar Dunia (WWF), jumlah Orang Utan di kepulauan Borneo telah menguncup sebanyak 50 peratus sejak 60 tahun lalu gara-gara penebangan hutan, yang merupakan habitat semulajadinya bagi tujuan pertanian.

Kebolehjangkitan COVID-19 terhadap haiwan telah pun dilaporkan baru-baru ini.

Contohnya, pada hujung minggu lalu sebuah zoo di Atlanta, Amerika Syarikat, mendedahkan bahawa beberapa ekor gorilanya telah dijangkiti COVID-19.

Sebelum ini terdapat juga kes jangkitan COVID-19 yang membabitkan kucing, anjing dan musang. - AFP.

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia