web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kurung Rakyat Bawa Implikasi Negatif - PM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Sep 2021 3:06PM

Ismail Sabri Yaakob - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan untuk terus ‘mengurung’ rakyat dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tidak lagi sesuai dalam usaha negara untuk bebas dari pandemik COVID-19.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, kerajaan bimbang langkah itu akan mendatangkan lebih banyak implikasi kepada rakyat, justeru kerajaan kini melihat keutamaan untuk membuka sektor ekonomi secara berperingkat.

"Rakyat mesti berdisiplin untuk membuat kawalan kendiri, untuk jaga disiplin. Hari pertama apabila ada tempat percutian dibuka, ada yang masih tidak pakai pelitup muka pun.

"Masa depan negara kita untuk bebas dari COVID-19 bergantung pada kita sendiri. kita tidak boleh harapkan orang lain, kawalan kendiri sangat penting, kalau tidak usaha kita selama ini akan jadi sia-sia saja," katanya ketika menjawab soalan tambahan Datuk Mohd Salim Sharif (BN-Jempol) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat hari ini.

Ketika menjawab soalan lisan Mohd Salim itu Perdana Menteri berkata, data pemberian terkini vaksin menunjukkan 74.7 peratus rakyat dewasa di negara ini sudah menerima dua dos vaksin manakala 91.6 peratus lagi melengkapkan satu dos suntikan.

Sementara itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (PH - Kulim Bandar Baharu), beliau berkata, keputusan kerajaan untuk membuka semula 11 sektor ekonomi dibuat berdasarkan penilaian risiko oleh Kementerian Kesihatan (KKM) di samping pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat di setiap premis perniagaan.

"Kita bersandarkan kepada 11 aktiviti yang dibenarkan dan kita berdasarkan sains dan data, menunjukkan dari segi kluster yang diwujudkan dari 11 sektor ekonomi ini, ramai mengatakan gunting rambut bahaya, ramai kontak rapat, tapi sepanjang 2020 hanya satu melibatkan kluster gunting rambut.

"Begitu juga salun, tidak ada kes (kluster) salun. Kedai cuci kereta juga, kononnya ramai pekerja Bangladesh tentu jangkitan lebih mudah, tapi sepanjang 2020, tidak ada kes membabitkan kedai cuci kereta," katanya.

Dalam pada itu, Ismail Sabri juga menjelaskan pelantikan Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yasin sebagai Pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) dibuat berpandukan tugasnya yang terdahulu, dan kerajaan memberi kepercayaan untuk beliau meneruskan tugas tersebut. – Getaran, 14 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kunjungan Putera Mahkota Petanda Hubungan Kukuh Malaysia-Brunei - PM

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Projek Perumahan Baharu Perlu Ada Blok Rumah MADANI - PM

3

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia