web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sisa Buangan Industri Seperti Minyak Hitam - Yahaya

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 3:01PM

Yahaya (kiri) menunjukkan sisa buangan industri yang dikesan di tali air. - Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Bomba mengesahkan campuran bahan kimia yang dibuang ke dalam tali air di Kampung Baru Seri Aman, Kempas di sini, malam tadi mengandungi Methyl Alcohol, air (H2O) dan Methanol.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Johor, Datuk Yahaya Madis berkata, sisa bahan buangan industri itu dikesan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (HAZMAT) menerusi alat pengesan bahan kimi, Gasmet.

Katanya, bahan berkenaan kelihatan seperti minyak hitam dan menghasilkan bau yang dipercayai menjadi punca empat wanita sesak nafas serta muntah-muntah.

Bagaimanapun, beliau berkata, keadaan adalah terkawal dan disahkan selamat selepas pihaknya memasang perangkap minyak (oil boom) dalam radius 1 kilometer dari lokasi kejadian.

“Sejak menerima laporan malam tadi, kita telah membuat pemantauan dan menjumpai terdapat sisa buangan industri yang kelihatan seperti minyak hitam.

“HAZMAT Johor dan dibantu HAZMAT Melaka telah membuat pengepungan di air bagi mengelakkan ia terus mengalir," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini, hari ini.

Keadaan tali air yang diletakkan perangkap minyak
Keadaan tali air yang diletakkan perangkap minyak

Operasi dijalankan bomba itu berjaya menghentikan sisa buangan industri tersebut dari terus [FBS1] mengalir ke Sungai Tawakal dan Sungai Pandan.

Menurut Yahaya, kawasan berkenaan disahkan selamat dan sudah boleh diduduki semula oleh orang ramai yang sebelum ini diarahkan mengosongkan kediaman mereka.

“Kita juga mendapati ada hidupan seperti ikan dan belut mati di dalam radius satu kilometer, tetapi hidupan di luar dari kawasan itu masih selamat dan hidup.

“Ini bermakna kawasan sungai lain disahkan selamat,” katanya.

Sejak malam tadi, empat wanita berusia antara 22 hingga 49 tahun dilaporkan mengalami sesak nafas dan masih dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) di sini.

Insiden tersebut mengakibatkan 128 penduduk daripada 37 keluarga diarahkan berpindah sementara ke Balai Raya Kampung Sinaran dan surau berhampiran.

Bomba menerima panggilan kecemasan pada 10.22 malam tadi yang memaklumkan terdapat bau tidak menyenangkan dengan ada penduduk mengalami sesak nafas.

Seramai 40 anggota bomba diarahkan ke lokasi kejadian dan pemantauan berterusan masih dijalankan. - Getaran, 15 September 2021

Gambar oleh Izlaily Nurul Ain Hussein

1.

2. Keadaan tali air yang diletakkan perangkap minyak

 [FBS1]

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia