web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bunuh Diri Bukan Jenayah, Kabinet Bakal Buat Pertimbangan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 6:45PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Isu cubaan membunuh diri akan dibawa ke kabinet dalam masa terdekat, bagi membolehkan satu pertimbangan khusus dibuat agar ia tidak lagi dikategorikan sebagai perbuatan jenayah.

Perkara itu dinyatakan Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Aaron Ago Dagang ketika sesi soal jawab lisan di Mesyuarat Pertama Penggal Keempat Parlimen Ke-14 di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Ahli Parlimen Kulai, Teo Nie Ching mengenai pendirian Kementerian Kesihatan (KKM) terhadap cubaan membunuh diri, kerana perbuatan itu sewajarnya dianggap sebagai masalah psikologi yang memerlukan rawatan.

Menurut Aaron, ketika ini cubaan membunuh diri sememangnya satu kesalahan jenayah di bawah Seksyen 309 Kanun Keseksaan namun, ada persefahaman daripada semua menteri baru-baru ini untuk tidak mendiskriminasi mangsa.

“Saya difahamkan pertimbangan mengenai pindaan akta cubaan bunuh diri ini akan dibawa ke kabinet dalam tempoh terdekat bagi memastikan tiada diskriminasi ke atas individu terbabit,” katanya sambil memberitahu, terdapat peningkatan kes bunuh diri sebanyak dua peratus tahun ini berbanding 2020.

Sidang dewan diberitahu, kerajaan sentiasa prihatin dan berusaha menangani masalah kesihatan mental dalam kalangan masyarakat ketika pandemik COVID-19, termasuk mewujudkan Talian Bantuan Sokongan Psikososial sejak 25 Mac lalu dengan kerjasama MERCY Malaysia.

Aaron berkata, talian itu disediakan bagi memberi sokongan emosi dan mengurangkan masalah kesihatan mental kepada semua lapisan masyarakat yang memerlukan.

“Statistik talian itu menunjukkan berlaku peningkatan ketara bagi jumlah kumulatif panggilan dan sebanyak 82.2 peratus yang menghubungi saluran terbabit berbuat demikian kerana memerlukan sokongan emosi serta kaunseling,” katanya.

Sepanjang Mac hingga September 2021, pula katanya, sebanyak 956 kes yang disyaki mengalami gangguan atau penyakit mental dirujuk ke pakar perubatan keluarga atau psikiatri untuk bantuan susulan.

“Sebanyak 210,930 panggilan diterima sejak Talian Bantuan Sokongan Psikososial diwujudkan, membabitkan 44,061 panggilan pada 2020 dan 166,869 panggilan pada Januari hingga September ini,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

‘Jangan Biarkan Buli Siber Terus Berlaku, Cegah Sebelum Parah!’ - Saraswati

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

4

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia