web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ahmad Zahid Tidak Pernah Janji Projek MyEG Kepada Ahli Perniagaan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 15 Sep 2021 7:00PM

Ahmad Zahid menafikan pernah menjanjikan projek MyEG kepada ahli perniagaan. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak pernah menjanjikan pemborong tekstil mana-mana projek MyEG sebagai balasan untuk pemberian 23 cek berjumlah RM13 juta yang diberi kepadanya melalui firma guaman Tetuan Lewis & Co, yang merupakan pemegang amanah Yayasan Akalbudi milik Ahmad Zahid.  

Peguam utama Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Ahmad Zahid berhujah pemborong tekstil yang juga saksi pendakwaan ke-36, Junaith Asharab Md Shariff yang telah memberi keterangan secara bersumpah bahawa 23 cek berjumlah RM13 juta itu tidak diberikan sebagai rasuah atau dorongan.

“Junaith dalam keterangannya berkata ia adalah sumbangan peribadi beliau atau derma untuk tujuan keagamaan atau kebajikan, yang bertujuan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz.

Pertuduhan nombor 12 dan 13, daripada 47 pertuduhan yang dihadapi anak guam saya tidak boleh dipertahankan, kerana keterangan telah menunjukkan RM13 juta yang dikaitkan dengan pertuduhan itu adalah untuk pembinaan masjid dan sekolah tahfiz di Bagan Datuk,” katanya dalam hujahan balas di akhir kes pendakwaan di hadapan Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah.

Pertuduhan ke-12 itu mendakwa Ahmad Zahid menerima rasuah daripada Mastoro Kenny IT Consultant & Services, dalam bentuk 13 cek RHB Islamic Bank Berhad berjumlah RM8 juta milik Mastoro Kenny IT Consultant & Services melalui Junaith Asharab Md Shariff menerusi akaun Maybank Lewis & Co.

Pertuduhan ke-13 mendakwa Ahmad Zahid menerima rasuah daripada Mastoro Kenny IT Consultant & Services, dalam bentuk 10 cek RHB Islamic Bank Berhad sebanyak RM5 juta milik Berani & Jujur Trading melalui Junaith Asharab Md Shariff menerusi akaun Maybank Lewis & Co.

Ahmad Zahid dituduh melakukan dua kesalahan itu sebagai dorongan untuk membantu Mastoro Kenny IT Consultant & Services mendapatkan projek MyEG yang dikendalikan Kementerian Dalam Negeri.

Hisyam kemudian merujuk mahkamah kepada keterangan saksi, Junaith yang menyatakan bahawa beliau (Junaith) dan adik kepada Ahmad Zahid, Datuk Seri Mohamad Nasaee Ahmad Tarmizi pergi berjumpa Ahmad Zahid di kediamannya untuk menyerahkan cek bagi tujuan kebajikan untuk membina masjid dan sekolah tahfiz itu.

“Semasa pemeriksaan balas Junaith, beliau juga telah mengesahkan bahawa 13 dan 10 cek dari dua syarikat, Mastoro Kenny dan syarikat tekstil yang diusahakannya, Berani dan Jujur Trading adalah untuk tujuan amal dan derma.

“Malah semasa pemeriksaan balas, Junaith juga mengesahkan tertuduh tidak pernah menjanjikan sebarang projek MyEG,” katanya.

Hisyam seterusnya menegaskan dakwaan bahawa cek itu diberikan sebagai dorongan agar tertuduh mendapatkan projek untuk Mastoro Kenny adalah tidak berasas.

Ahmad Zahid, 68, menghadapi 47 tuduhan - 12 tuduhan pecah amanah, lapan tuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram - melibatkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Pihak pembelaan akan menyambung penghujahannya pada 20 September. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia