web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Puas Hati Dengan Undang-Undang Punca Pondok Polis Dibakar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Sep 2021 9:45PM

Datuk Shafien Mamat (dua dari kiri) menunjukkan komponen motosikal yang dileraikan hasil rampasan pihaknya susulan kebakaran pondok bit polis di Jelawat, Bachok.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BACHOK - Akibat tidak berpuas hati dengan ketegasan undang-undang berkaitan prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN), seorang lelaki bertindak membakar pondok bit Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Jelawat, Bachok, pada Sabtu lalu.

Lelaki berusia 34 tahun yang juga suspek keempat ditahan di Kampung Gelong Badak di sini, pada jam 8.30 pagi semalam.

Ketua Polis Kelantan Datuk Shafien Mamat berkata, hasil soal siasat ke atas suspek, dia mengaku bertindak di luar batasan kerana dihasut oleh rakan-rakannya.

Menurut beliau, risikan yang dibuat sebelum operasi di Bachok membawa kepada penahanan dua lagi lelaki termasuk suspek utama pada Isnin serta Selasa lalu di lokasi berasingan.

“Beberapa hari lalu polis berjaya menahan dua lelaki berusia 24 dan 37 tahun selepas beberapa jam pondok bit polis di Jelawat terbakar, dipercayai akibat dilempar bom petrol.

“Susulan itu, kita menahan dua lagi lelaki dan turut merampas motosikal jenis Yamaha 125ZR, selain menemui sepasang ‘cover set’ motosikal jenis sama berwarna merah hitam yang sudah dileraikan,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Penyampaian Sijil Penghargaan dan Sidang Media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bachok, di sini, hari ini.

Shafien berkata, suspek utama bertindak menukar ‘cover set’ motosikalnya kepada warna kuning hitam selepas melakukan perbuatan berkenaan (bakar pondok bit polis), namun berjaya dikesan pihak polis.

“Lelaki itu mengaku membakar pondok polis kerana disebabkan tidak berpuas hati terhadap anggota yang bertugas di pondok kerana selalu mengeluarkan saman kepada orang awam,” katanya.

Menurut beliau, hasil ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah jenis metafetamin dan mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

“Kedua-dua suspek yang baharu ditangkap itu ditahan reman selama enam hari bermula semalam.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat menggunakan api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda, jika sabit kesalahan,” katanya. - Getaran, 15 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 2 minggu yang lalu

4 Individu Dikaitkan GISBH Direman 3 Hari

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia