web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Malaysia Airlines Kemas Kini Nasihat Perjalanan Ke Langkawi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 7:29AM

Langkawi dipilih sebagai projek rintis gelembung perjalanan bermula hari ini (16 September). - Gambar fail Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia Airlines telah mengemas kini nasihat perjalanannya untuk penumpang yang menuju ke Langkawi, sejajar dengan syarat perjalanan terkini oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Malaysia Airlines berkata di bawah program gelembung perjalanan yang diumumkan sebelum ini, hanya pelancong yang telah mendapat vaksinasi sepenuhnya kecuali mereka yang berada di kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) boleh melakukan perjalanan ke Langkawi manakala tanggungan atau kanak-kanak di bawah 18 tahun yang belum mendapat vaksinasi mereka perlu ditemani oleh ibu bapa atau penjaga untuk masuk ke Langkawi.

Bagaimanapun, semalam KKM telah mewajibkan penumpang berusia tujuh tahun ke atas untuk menjalani ujian COVID-19 (RT-PCR atau RTK-Antigen) sebelum berlepas.

Kebenaran untuk melakukan perjalanan akan bergantung kepada penilaian risiko yang termasuk status vaksinasi penumpang dan keputusan ujian COVID-19.

“Ujian RT PCR atau RTK Antigen boleh dilakukan di mana-mana kemudahan kesihatan atau makmal swasta dalam tempoh 48 jam sebelum berlepas dan sijil ujian dengan keputusan negatif perlu ditunjukkan di kaunter daftar masuk syarikat penerbangan,” menurut syarikat penerbangan itu dalam kenyataan.

Sebagai alternatif, pelanggan boleh membeli kit ujian kendiri yang menggunakan sampel air liur mereka sendiri dan menjalani ujian di Anjung Tinjau, Aras 5, KLIA. 

Kit ujian tersebut juga boleh dibeli melalui penyedia perkhidmatan swasta di Anjung Tinjau. 

Pegawai KKM akan mengeluarkan slip selepas selesai ujian itu dan penumpang diminta untuk menunjukkan slip tersebut di kaunter daftar masuk, menurut syarikat penerbangan itu.

“Bagaimanapun, kanak-kanak berumur enam tahun ke bawah perlu menjalani penilaian kesihatan di Anjung Tinjau, Aras 5 di KLIA dengan mengambil kira keupayaan mereka untuk mengeluarkan air liur.

“Kategori penumpang ini perlu melakukan perjalanan dengan ibu bapa atau penjaga yang sah yang telah mendapat vaksinasi sepenuhnya, keputusan ujian negatif untuk COVID-19 dan bukan kontak rapat dengan kes positif,” katanya.

Penumpang yang melakukan perjalanan ke Langkawi untuk tujuan lain selain pelancongan masih perlu menunjukkan permit polis semasa mereka memasuki terminal dan di kaunter daftar masuk.

Mereka perlu menyimpan semua dokumen yang berkaitan (slip dan sijil) untuk pengesahan semasa tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi.

Maklumat lanjut mengenai nasihat terkini boleh didapati di https://www.malaysiaairlines.com/mhapp/hq/en/important-notice/malaysia/langkawi.html. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

MAS Sahkan Masalah Enjin Punca MH199 Lakukan Pendaratan Kecemasan

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Alami Kerosakan Enjin, Pesawat MAS Buat Pendaratan Kecemasan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines Batal 10 Penerbangan Hari Ini

4

Semasa 5 bulan yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia