web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Perak Cadang Buka Penempatan Gelandangan, Tahun Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 7:52AM

Dr Wan Norashikin Wan Noordin - Gambar dari Facebook Women.Family.Welfare

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Kerajaan Negeri Perak merancang mewujudkan Pusat Penempatan Gelandangan (PPG) tetap untuk menempatkan golongan itu yang dijangka beroperasi tahun depan.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyakarakat dan NGO Perak, Datuk Dr Wan Norashikin Wan Noordin berkata ketika ini, pihaknya memperinci peruntukan bagi pembiayaan pengoperasian selain mengenal pasti lokasi sesuai untuk PPG.

"Sebagai permulaan, kita hanya mewujudkan sebuah sahaja PPG tetap di daerah Kinta kerana golongan gelandangan yang paling ramai di Perak adalah di daerah Kinta, Taiping dan Teluk Intan.

"Jadi, kita memerlukan lokasi PPG agak besar yang mampu menempatkan golongan gelandangan dari seluruh negeri, tidak perlu kita wujudkan banyak PPG, cukup hanya sebuah," katanya kepada pemberita selepas penutupan PPG sementara di Dewan Persatuan Bulan Sabit Merah, Jalan Kompleks Sukan semalam.

Beliau juga berkata PPG sementara itu, yang menempatkan 63 gelandangan, memulakan operasinya pada 5 Jun lepas dan ditutup secara rasmi semalam.

Katanya kesemua penghuni kini ditempatkan di sebuah pusat khidmat bantuan sosial iaitu Anjung Singgah dan sesetengah mereka turut dibantu untuk mendapatkan pekerjaan melalui sesi padanan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso). - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia