web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Lelaki Ditahan, 50 Unit Sumbu Badak Bernilai RM30 Juta Dirampas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 8:09AM

50 unit sumbu badak yang bernilai RM30 juta dirampas di kawasan bulatan Masjid KLIA Sepang, pada 9 September lalu. - Gambar dari Facebook Jabatan PERHILITAN Semenanjung Malaysia

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) menahan dua lelaki yang disyaki terlibat dalam kegiatan penyeludupan hidupan liar, dan merampas 50 unit sumbu badak bernilai RM30 juta selepas memeriksa sebuah lori di kawasan bulatan Masjid KLIA Sepang, 9 September lepas.

PERHILITAN dalam kenyataannya berkata, pihaknya turut merampas lori berkenaan serta dokumen berkaitan penyeludupan sumbu badak dalam Operasi Bersepadu Khazanah Zon Tengah itu.

“Berdasarkan rekod PERHILITAN, kejayaan hasil rampasan kali ini adalah yang terbesar dalam tempoh lima tahun bagi sitaan sumbu badak," menurut kenyataan itu.

PERHILITAN berkata pemeriksaan analisis Deoxyribonucleic Acid (DNA) akan dilakukan terhadap 50 sumbu badak itu bagi mengenal pasti sumber asalnya sama ada daripada spesies badak tempatan atau luar negara.

“Setakat ini, sumbu badak ini disyaki diseludup dari luar negara,” kata PERHILITAN.

Menurut PERHILITAN spesies-spesies badak serta bahagiannya adalah “dilindungi” dan “dilindungi sepenuhnya” di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan liar 2010 (Akta 716). 

Ia juga disenaraikan di bawah Apendiks I dalam Akta Perdagangan Antarabangsa Mengenai Spesies Terancam (Akta 686) dan spesies-spesies itu tidak boleh diperdagangkan sama ada diimport atau dieksport bagi tujuan komersial.

PERHILITAN berkata kedua-dua lelaki itu akan disiasat di bawah Seksyen 68 Akta 716 iaitu menyimpan mana-mana hidupan liar yang dilindungi sepenuhnya, yang jika disabit kesalahan boleh dikenakan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya sekali. 

Menurut PERHILITAN terdapat lima kes berkaitan penyeludupan sumbu badak melibatkan 96 unit sumbu badak direkodkan dalam tempoh 10 tahun  kebelakangan ini. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia