web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kanak-Kanak Usia Setahun Lebih, Dikhuatiri Lemas Di Sungai Felda Jengka

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 12:11PM

Norzamri Abd Rahman - Gambar dari Facebook Polis Daerah Maran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Seorang kanak-kanak berusia setahun lapan bulan dikhuatiri lemas selepas dipercayai keluar dari kereta bapanya yang diparkir berhampiran sungai Felda Jengka 4, dekat Maran, tengah hari semalam. 

Ketua Polis Daerah Maran, DSP Norzamri Abd Rahman berkata Muhammad Abdullah Saiful Bahari disedari tiada di tempat duduk kereta tersebut pada 1 tengah hari, iaitu kira-kira 15 minit selepas bapanya meninggalkan dia berseorangan di situ. 

"Bapa mangsa (Muhammad Abdullah) mendakwa meninggalkan mangsa di dalam kereta dengan keadaan pintu terbuka. Sebaik sahaja menyedari mangsa tiada, bapa mangsa telah bertanya kepada kakak dan abang mangsa yang berusia enam serta lapan tahun, namun mereka juga tidak menyedari bila mangsa berjalan keluar dari kereta. 

"Mereka cuba mencari mangsa di kawasan berhampiran sebelum bapa mangsa mendakwa menjumpai kesan tapak kaki kanak-kanak di tepi sungai menyebabkan bapa mangsa mengesyaki anaknya terjatuh di situ," katanya semasa dihubungi hari ini. 

Norzamri berkata sungai itu terletak di dalam ladang kelapa sawit, kira-kira tiga kilometer dari jalan utama.

Beliau berkata bapa mangsa kemudian meminta bantuan orang kampung untuk mencari anaknya di sungai, sebelum pihak polis dimaklumkan mengenai kejadian pada 4 petang.  

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan pada petang semalam melibatkan polis, bomba dan Jabatan Sukarelawan Malaysia namun dihentikan pada 8 malam kerana cuaca mulai gelap. 

"Operasi SAR bersambung pagi ini dengan melibatkan anjing pengesan untuk mencari jejak akhir mangsa sama ada di sungai atau di hutan berhampiran," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia