web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


3 Pelancong Dikesan Positif COVID-19 Sebelum Naik Pesawat Ke Langkawi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Sep 2021 4:05PM

Setiap pelancong yang akan bercuti ke Pulau Langkawi diwajibkan menjalani ujian saringan COVID-19 bermula hari ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Tiga pelancong dikesan positif COVID-19 di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) hari ini sebelum menaiki penerbangan ke Langkawi.

Jurucakap pelancongan ketika mengesahkan perkara ini berkata, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya, Datuk Seri Nancy Shukri telah dimaklumkan mengenai perkara ini.

Sebanyak 19 penerbangan dijadual mendarat di Langkawi, selepas ia dibuka untuk pelancong hari ini, lapor The Vibes.

Nancy dilaporkan sedang memeriksa tempat-tempat di Langkawi dan diijangka memberikan kenyataan mengenai isu ini, hari ini.

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam kenyataan sebelum ini memaklumkan setiap pelancong yang akan bercuti ke Langkawi bermula hari ini diwajibkan menjalani ujian pengesanan COVID-19 sebelum memulakan perjalanan.

Susulan itu, penumpang yang ingin ke Pulau Langkawi perlu hadir ke Anjung Tinjau di Aras 5 untuk menjalani ujian saringan COVID-19 dengan pegawai Kementerian Kesihatan (KKM) akan mengeluarkan slip selepas selesai ujian itu dan penumpang diminta untuk menunjukkan slip tersebut di kaunter daftar masuk.

Sementara itu, di terminal feri Kuala Perlis, terdapat kelewatan susulan penumpang yang menjalani ujian saringan COVID. - Getaran, 16 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia