web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hati-Hati Scammer Hantar Mesej Minta Pinjam Wang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 11:55AM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Orang ramai diminta berwaspada sekiranya menerima mesej daripada mana-mana pihak yang mahu meminjam wang secara tiba-tiba.

Jurucakap Kementerian Kewangan berkata, orang ramai turut diminta berhati-hati dengan mesej daripada nombor tidak dikenali atau kenalan sendiri untuk tujuan berkenaan.

Menurut beliau, mereka diminta menyelidik terlebih dahulu kesahihan mesej diterima bagi mengelakkan diri menjadi mangsa penipuan.

“Berhati-hati dengan mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

“Anda pernah menerima mesej daripada rakan untuk meminjam wang secara tiba-tiba? Selidik terlebih dahulu kesahihan mesej tersebut,” kata jurucakap itu menerusi satu hantaran di Facebook Kementerian Kewangan, hari ini.

Mesej yang tular di media sosial mengenai modus operandi yang digunakan oleh scammer untuk mendapatkan wang.
Mesej yang tular di media sosial mengenai modus operandi yang digunakan oleh scammer untuk mendapatkan wang.

Sejak beberapa hari lalu, tular isu orang ramai mendakwa menerima mesej daripada individu tidak dikenali, yang meminta supaya mereka memasukkan sejumlah wang ke akaun milik pemohon atau pihak ketiga.

Hasil makluman diperoleh Getaran, antara alasan dikemukakan adalah sistem pemindahan bank kononnya mengalami gangguan perkhidmatan yang menyebabkan individu terbabit tidak boleh mengakses atau mengeluarkan wang di dalam akaun.

Ini menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan supaya wang dimasukkan ke akaun lain yang dimiliki mereka atau pihak ketiga.

Ada segelintir lagi memberikan alasan berdepan masalah kewangan untuk menyara kehidupan keluarga untuk menagih simpati penerima mesej. - Getaran, 17 September 2021

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia