web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mantan ADUN Jemoreng Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 3:50PM

Allahyarham Abu Seman Jahwie

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SIBU - Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri, Abu Seman Jahwie, 64, meninggal dunia ketika menerima rawatan akibat komplikasi jantung di Pusat Perubatan Rejang, di sini, awal pagi tadi.

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jemoreng itu dilaporkan menghembus nafas terakhir pada jam 5 pagi.

Isteri Allahyarham, Dayang Normaliza Awang Tambi berkata, suaminya dimasukkan ke pusat perubatan berkenaan semalam kerana demam panas.

"Dia mengadu demam panas dan kurang sihat, jadi saya bawa jumpa doktor, sepatutnya dia dimasukkan ke wad.

“Allahyarham tidak mahu ditahan di wad  dan menyatakan mahu berehat di rumah," katanya hari ini.

Dayang Normaliza berkata, suaminya bagaimanapun meminta dihantar ke hospital semula semalam, dan terus dimasukkan ke wad.

"Dia cakap semua dalam keadaan baik tapi ada mengadu sakit dada dan awal pagi tadi, doktor di pusat perubatan berkenaan memberitahu suami sudah meninggal dunia,” katanya, sebak.

Dayang menyifatkan suaminya seorang bapa yang penyayang, ceria, baik hati dan suka bertolak ansur, selain senang diajak berbual.

Hasil perkongsian hidup dengan Allahyarham, mereka dikurniakan tiga cahaya mata perempuan.

Abu Seman ialah ADUN pertama Jemoreng sejak kerusi tersebut mula dipertandingkan di bawah Parlimen Igan pada 2006.

Beliau bagaimanapun tidak mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Ke-11, bagi memberi laluan kepada bekas mufti Perlis, Datuk Dr Juanda Jaya, 49.

Sementara itu, ADUN Semop, Abdullah Saidol ketika ditemui berkata, Allahyarham ialah seorang abang dan rakan yang mudah didekati serta disenangi ramai.

"Sebagai mantan ADUN Jemoreng, sudah tentu jasa, pengorbanan dan kebaikan Allahyarham akan dihargai dan dikenang.

"Kita berharap keluarga Allahyarham tabah dan redha menerima ujian ini," katanya.

Jenazah Abu Seman dibawa ke Masjid An Nur selepas disembahyangkan di rumah wakaf pagi tadi dan dikebumikan usai solat Jumaat di Tanah Perkuburan Islam di Kemuyang. - Getaran, 17 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia