web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Reman Lelaki Pandu Lawan Arus, Dilanjutkan 3 Hari

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Sep 2021 3:17PM

Kemalangan pada 12 September lalu telah mengorban dua remaja selepas Proton Wira yang mereka dinaiki bertembung dengan sebuah Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki secara melawan arus di KM8.5 Lebuhraya Persekutuan. - Gambar ihsan polis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Tempoh reman terhadap seorang lelaki yang memandu kenderaan pacuan empat roda secara melawan arus hingga menyebabkan kematian dua individu di Lebuhraya Persekutuan, dekat sini, 12 September lepas, disambung tiga hari lagi.

Perintah reman dikeluarkan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Shah Alam, Norliza Hussin selepas membenarkan permohonan polis bagi melanjutkan siasatan terhadap lelaki berusia 24 tahun itu bermula esok hingga 20 September ini.

Sebelum ini, lelaki itu direman enam hari bermula 12 September lepas hingga hari ini bagi siasatan lanjut mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Terdahulu lelaki itu tiba di perkarangan Kompleks Mahkamah Shah Alam pada 9.20 pagi.

Turut kelihatan, peguam Ravi Nekoo dan R. Thanuja yang mewakili lelaki berkenaan.

Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan berumur 18 tahun dan seorang lelaki berumur 19 tahun maut selepas kereta Proton Wira dinaiki mereka bertembung dengan sebuah Mitsubishi Triton yang dipandu seorang lelaki secara melawan arus pada 2.09 pagi, di KM8.5 Lebuhraya Persekutuan, dekat sini, 12 September lepas.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, ACP Baharudin Mat Taib menerusi kenyataan dilaporkan berkata hasil saringan awal ujian air kencing mendapati pemandu itu positif dadah jenis ganja. - Bernama

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia