web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Gim Kembali Beroperasi Kecuali Di Negeri Fasa 1 - MKN

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 7:45AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua pusat gimnasium, kecuali di negeri yang masih berada dalam Fasa Satu Pelan Pemulihan Negara (PPN), kini dibenarkan kembali beroperasi, namun terhad untuk penggunaan individu yang telah melengkapkan vaksinasi COVID-19.

Perkara itu dinyatakan dalam kemas kini prosedur operasi standard (SOP) dikeluarkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang dimuat naik di telegram rasmi mereka.

Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dalam perkongsian di laman Twitter beliau mengingatkan semua pihak supaya mengikuti SOP yang ditetapkan.

“Gimnasium kini dibuka untuk operasi. Sila ikuti SOP dan terutamanya garis panduan pengudaraan. Nikmati kehidupan sihat!,” katanya sambil berkongsi infografik MKN yang dikemas kini semalam.

Mengikut SOP itu, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup (indoor) dibenarkan dalam Fasa Dua dan Tiga PPN, dengan pematuhan 50 peratus kapasiti penggunaan atau kawasan dengan kawalan penyeliaan.

Kehadiran pekerja pula adalah tidak melebihi 60 peratus tenaga kerja merangkumi pengurusan dan operasi untuk Fasa Dua dan 80 peratus untuk Fasa Tiga.

Hanya individu yang telah lengkap vaksinasi boleh menggunakan kemudahan itu dan mereka dibenarkan membawa anak-anak berusia 17 tahun dan ke bawah bagi aktiviti tersebut dengan pematuhan SOP yang ketat.

Bagaimanapun, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi terbuka (outdoor) dan tertutup awam adalah tertakluk kepada Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) atau pihak berkuasa berkaitan.

Sementara itu, di bawah Fasa Empat PPN semua fasiliti sukan dan rekreasi komersial adalah dibenarkan beroperasi dengan kapasiti 100 peratus merangkumi penggunaan pelanggan atau pengguna dan kehadiran pekerja.

Waktu operasi pula adalah tertakluk kepada syarat lesen, sementara pengoperasian fasiliti sukan dan rekreasi awam di Fasa Empat juga tertakluk kepada PBT dan pihak berkuasa berkaitan.

Manakala di bawah Fasa Satu PPN, pengoperasian semua fasiliti sukan dan rekreasi tertutup, kecuali gimnasium dan pusat kecergasan, dibenarkan dengan pematuhan 50 peratus kapasiti penggunaan atau kawasan dengan kawalan penyeliaan.

Kehadiran pekerja pula dibenarkan tidak melebihi 60 peratus, merangkumi pengurusan dan operasi. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Peja Nafi Ketidakstabilan Politik Jadi Punca Program Podium Tak Diteruskan

2

Politik 1 tahun yang lalu

Perwakilan Dijangka Desak PRN Di 6 Negeri Disegerakan - Ahmad Faizal

3

Politik 1 tahun yang lalu

'Faizal Azumu, Jangan Sibuk Urusan TPM, Fokus Isu Parti Sendiri' - Isham

4

Politik 1 tahun yang lalu

Zahid Perlu Direhatkan, Elak Perbicaraan Kes Rasuah Terganggu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia