web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zahid Perlu Direhatkan, Elak Perbicaraan Kes Rasuah Terganggu

Politik Dikemaskini 1 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Jan 2023 7:00AM

Ahmad Faizal Azumu berkata, permohonan Ahmad Zahid agar pasport beliau dipulangkan secara kekal atas alasan kepentingan negara akan memberi tekanan kepada mahkamah dan hakim serta mengganggu proses perbicaraan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) menggesa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi direhatkan daripada tugas bagi memastikan perbicaraan kes rasuah beliau diselesaikan tanpa kelewatan atau gangguan.

Timbalan Presidennya, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, ia berikutan permohonan difailkan Ahmad Zahid kepada pihak mahkamah agar pasport beliau dikembalikan secara kekal.

Menurut beliau, pemulangan pasport berkenaan akan mengganggu proses perbicaraan dengan pelbagai alasan urusan tugas, seterusnya mengambil masa lebih lama untuk diselesaikan.

“Pendekatan terbaik bagi menangani isu ini adalah Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bertegas supaya Ahmad Zahid direhatkan dari tugas dan fokus kepada proses perbicaraan mahkamah, seterusnya membuktikan beliau tidak bersalah terhadap 47 pertuduhan yang disabitkan.

“Tindakan itu juga bagi menjamin sistem kehakiman negara yang bebas dan adil, selain menjamin perbicaraan yang telus tanpa sebarang campur tangan dan penangguhan,” katanya dalam kenyataan.

Mengulas lanjut, mantan Ahli Parlimen Tambun itu berkata, permohonan Ahmad Zahid agar pasport beliau dipulangkan secara kekal atas alasan kepentingan negara akan memberi tekanan kepada mahkamah dan hakim serta mengganggu proses perbicaraan.

“Walaupun ia menjadi kuasa mutlak hakim untuk memulangkan pasport berkenaan, namun bidang tugas yang dipegang Ahmad Zahid ketika ini akan memberi kesan kepada kuasa bidang kehakiman untuk menjamin perbicaraan yang efisyen, lancar serta tanpa penangguhan.

“Hakikatnya, pentadbiran negara mempunyai Timbalan Perdana Menteri yang masih berdepan perbicaraan 47 pertuduhan di mahkamah ketika ini juga perlu dilihat sebagai perosak kepada komposisi Jemaah Menteri serta kerajaan secara keseluruhan,” katanya.

Tegasnya, pelantikan Ahmad Zahid dalam Kabinet kerajaan perpaduan disifatkan sebagai satu penghinaan kepada pengundi yang mengharapkan sebuah kerajaan bersih, telus dan berintegriti.

Semalam, Ahmad Zahid memohon Mahkamah Tinggi mengembalikan pasport antarabangsa miliknya secara kekal secepat mungkin, bagi membolehkan beliau menjalankan tugas rasmi sebagai Timbalan Perdana Menteri dengan lancar.

Beliau berkata, permohonan itu dibuat dengan niat baik (bona fide) yang hanya bertujuan memohon kebenaran bagi pelepasan pasport antarabangsa supaya dapat menjalankan tugas rasmi.

Pasport itu sebelum ini diserahkan dan berada dalam simpanan mahkamah sebagai syarat jaminan tambahan, selepas beliau didakwa dengan 47 tuduhan rasuah, pecah amanah dan pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi yang kini dalam peringkat bela diri.

Dalam afidavit sokongan menerusi permohonannya, untuk mengetepikan syarat jaminan jaminan tambahan difailkan 20 Januari lalu, Ahmad Zahid berkata, beliau mempunyai beberapa kekangan untuk menjalankan tugas seperti menteri lain kerana tidak mempunyai akses kepada dokumen itu.

Menurut Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO, beliau menerima mandat dan tanggungjawab utama daripada Perdana Menteri untuk mewakilkan beliau (Anwar) dalam beberapa urusan pentadbiran negara.

Bagi melancarkan pergerakan dan urusan dalam menjalankan tugasan rasmi selaku Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid berkata, beliau dikehendaki untuk berada di dalam dan luar negara yang memerlukan pasport itu berada dalam pegangan sendiri.

Malah, Ahmad Zahid berkata, beliau memerlukan dokumen itu kerana ia salah satu syarat dalam proses permohonan bagi mendapatkan pasport diplomatik yang diperlukan dan akan digunakan bagi pergerakan rasmi keluar-masuk negara.

Ahmad Zahid menghadapi 47 pertuduhan iaitu 12 pertuduhan pecah amanah, lapan pertuduhan rasuah dan 27 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit milik Yayasan Akalbudi.

Kes itu yang kini berada di peringkat bela diri yang dijadualkan bersambung pada 10 April ini di hadapan Hakim, Datuk Collin Lawrence Sequerah. – Getaran, 27 Januari 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Reman 3 Individu Berkait GISBH Termasuk Pegawai Kewangan Dilanjutkan

2

Semasa 4 hari yang lalu

Pembunuhan Sosilawati: Hukuman Mati Bekas Peguam, Pekerja Ladang Dikekalkan

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia