web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Zon Selatan Sarawak Dibenar Dine In Mulai Isnin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2021 12:24PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUCHING - Semua restoran dan kedai makan di Zon Selatan negeri ini dibenarkan menerima pelanggan untuk dine in mulai Isnin depan.

Jurucakap Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) bagaimanapun berkata, kebenaran itu hanya terpakai ke atas operator, pekerja dan pelanggan yang telah melengkapkan dan melepasi tempoh matang vaksin masing-masing.

Menurut beliau, pemilik premis perniagaan juga diwajibkan memastikan ventilasi dan pengudaraan adalah mengikut piawaian yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak (MLGH).

“Tempoh operasi perniagaan dibenarkan mulai jam 5 pagi hingga 10 malam setiap hari.

“Selain itu, individu atau kumpulan individu tidak dibenarkan berada di kawasan awam selepas jam 12 tengah malam tanpa alasan yang munasabah,” katanya.

Daerah yang berada di bawah Zon Selatan ialah Lundu, Bau, Kuching, Serian, Tebedu, Samarahan, Asajaya dan Simunjan.

Jawatankuasa itu semalam turut memutuskan bahawa pergerakan rentas daerah tidak memerlukan keputusan ujian RT-PCR atau RTK-Antigen berkuat kuasa hari ini.

“Bagaimanapun, kelulusan permit polis masih diperlukan.

“Pada masa ini Zon Selatan masih berada dalam Fasa 2, manakala semua daerah lain berada di Fasa 3,” jelasnya.

Katanya, garis panduan di Sarawak adalah berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang diwartakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sarawak. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia