web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Van Rempuh Belakang Lori, 2 Lelaki Maut

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Sep 2021 12:47PM

Van pelancongan itu sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu dari Semporna sebelum terlibat dalam kemalangan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KINABATANGAN - Dua lelaki maut selepas van Nissan Urvan yang mereka naiki merempuh bahagian belakang lori 10 tan di Simpang Estet Kertam, Jalan Kinabatangan, malam tadi.

Mangsa yang dikenali sebagai Muhammar Ghadafi Abdul Gafaf, 38, dan penumpangnya, Mohd Ridzuan Madarup, 42, meninggal dunia di tempat kejadian.

Getaran difahamkan, van pelancongan tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Kota Kinabalu dari Semporna sebelum terlibat dalam kemalangan sekitar jam 11.25 malam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 11.30 malam melalui talian MERS999.

Sepasukan enam anggota penyelamat bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabatangan dikejarkan ke lokasi kejadian.

“Sejurus tiba, kemalangan tersebut didapati melibatkan dua kenderaan, dengan dua mangsa terperangkap di dalam van berkenaan.

“Kedua-dua mangsa berjaya dikeluarkan lebih kurang 40 minit kemudian namun disahkan sudah meninggal dunia oleh Pegawai Perubatan,”

Tambahnya, mayat mereka telah diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya dan operasi ditamatkan pada jam 12.23 pagi.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kinabatangan, Superintendan Dzulbaharin Ismail berkata, siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada van yang dipandu dengan laju.

“Van berkenaan kemudian merempuh kon yang dipasang di belakang lori yang rosak.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

2

Semasa 3 minggu yang lalu

Bomba Terima 2,575 Panggilan Kecemasan Kes Pokok Tumbang

3

Semasa 3 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia