web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Lelaki Separuh Usia Maut Ditetak Pesakit Mental

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Sep 2021 8:10PM

Gambar hiasan

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BETONG - Seorang lelaki maut ditetak pesakit mental menggunakan parang panjang di sebuah rumah panjang di kawasan Ulu Layar, di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Betong, Deputi Superintendan (DSP) Zamry Alli berkata, insiden ngeri itu berlaku pada jam 7.44 malam apabila suspek, seorang pemuda berusia 24 tahun tiba-tiba mengamuk sambil bersenjatakan sebilah parang panjang.

Menurut beliau, mangsa yang berusia 57 tahun cuba melarikan diri dari rumah panjang berkenaan bersama ahli keluarganya sebaik sahaja mangsa mula mengamuk.

“Bagaimanapun, kereta Kancil milik mangsa tiba-tiba mengalami kerosakan.

“Suspek yang berjalan kaki dan bersenjatakan parang panjang itu kemudiannya dilihat menuju ke arah lelaki tersebut sebelum terus menetak mangsa,” katanya hari ini.

Zamry memberitahu Getaran, mangsa yang cedera parah maut di tempat kejadian manakala ahli keluarganya yang lain berjaya menyelamatkan diri.

“Pihak polis yang tiba di lokasi selepas menerima laporan telah mengarahkan suspek menyerah diri, bagaimanapun, suspek  bertindak agresif dan cuba menyerang menggunakan parang panjang terbabit serta sebatang kayu,” ujarnya.

Katanya, polis terpaksa melepaskan tembakan ke arah pemuda itu bagi mempertahankan diri.

“Dia maut selepas terkena tembakan di bahagian dada,” katanya.

Jelas Zamry, pemuda terbabit sebelum ini pernah dibawa menjalani pemeriksaan mental di Hospital Betong, sebelum doktor mengarahkan agar suspek dirujuk ke Hospital Sri Aman untuk rawatan lanjut.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis turut menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung insiden berkenaan. - Getaran, 18 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

3

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

4

Sukan 1 bulan yang lalu

SUKMA 2024: Sarawak Terus Cemerlang, Dahului Carta Kutipan Pingat

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia