web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Wajar Guna COVID-19 Kriteria Beri Status Kerakyatan - UPKO

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 7:45AM

Joisin Romut

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA KINABALU - Cadangan Kementerian Dalam Negeri (KDN) mempertimbangkan pemberian kad pengenalan atau kerakyatan kepada penerima vaksin di Sabah dan Sarawak yang masih belum memiliki dokumen dianggap sebagai tidak wajar.

Ketua Penerangan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (UPKO) Joisin Romut berkata, kenyataan KDN menerusi Timbalan Menterinya, Datuk Seri Ismail Mohamed Said itu amat tidak berasas dan membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa.

“UPKO menyokong penuh usaha mengenal pasti penduduk asal di sini yang tercicir dalam proses pendokumentasian kerana seharusnya mereka diberi pengiktirafan sewajarnya sebagai warga negara.

“Namun, pemberian status kerakyatan hanya menggunakan vaksin COVID-19 sebagai  kriteria adalah tidak wajar memandangkan sebahagian penerima vaksin tanpa dokumen adalah pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya di sini.

Menurut beliau, konflik PATI dan kewarganegaraan menjadi isu dominan di Sabah sehingga menjadi antara modal manifesto Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu.

“Namun, sehari sebelum sambutan ulang tahun pembentukan Malaysia, rakyat Sabah  ‘dihadiahkan’ pemberian kerakyatan terhadap penerima vaksin yang kita tidak ketahui status sebenar mereka.

“UPKO menyeru KDN tidak menjadikan penerima vaksin sebagai kriteria pemberian dokumentasi sebaliknya fokus kepada penyelesaian masalah kerakyatan penduduk asal sahaja,” katanya.

Rabu lalu Ismail berkata, KDN akan mempertimbang pemberian kad pengenalan diri atau kewarganegaraan kepada penerima vaksin di Sabah dan Sarawak, termasuk orang asal yang masih belum memiliki dokumen, sekiranya mereka memenuhi kelayakan.

Ketika menjawab soalan tambahan Lukanisman Awang Sauni (GPS-Sibuti) di sidang Dewan Rakyat, Ismail menjelaskan bahawa KDN telah mewujudkan Jawatankuasa Khas Status Warganegara Peringkat Negeri Sarawak bagi meneliti urusan dokumentasi individu berumur 21 tahun ke atas yang tidak berdokumen.

Isu dokumentasi di Sabah pula jelasnya, dibincangkan dalam Jawatankuasa Pengurusan Warga Asing di Sabah (JKPWAS). - Getaran, 19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 2 minggu yang lalu

3 Pelajar Sekolah Menengah Temui Kulat Karang Jarang Jumpa Di Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

4

Sukan 1 bulan yang lalu

Sukan SEA: Sabah Akan Bincang Dengan KBS

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia