web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Masjid Di Perlis Dibuka Sepenuhnya Pada Rabu Dengan SOP Ketat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 Sep 2021 10:45AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KANGAR - Perlis membenarkan semua masjid dibuka sepenuhnya mulai Rabu ini (22 Sept) dengan pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) diperketat.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah hanya anak kariah yang telah melengkapkan vaksin COVID-19 akan dibenarkan hadir ke masjid.

“Maksud vaksin lengkap adalah selepas 14 hari dari tarikh menerima suntikan dos kedua bagi vaksin jenis Pfizer, Astrazeneca dan Sinovac.

“Bagi individu yang menerima vaksin jenis Johnson & Johnson dan Cansino adalah selepas hari ke-28 selepas tarikh suntikan dos,” titah baginda menerusi satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs), malam tadi.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga Yang Dipertua MAIPs bertitah sebagai langkah kawalan dan penyelarasan, surau atau tempat solat umum lain masih ditutup melainkan mendapat kebenaran khas MAIPs atau Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs).

Baginda bertitah individu yang terlibat dengan aktiviti rentas sempadan tidak dibenarkan hadir ke masjid dalam tempoh dua minggu dari tarikh terakhir melakukan aktiviti itu dan semua jemaah yang hadir di masjid perlu mematuhi SOP keselamatan dan kesihatan yang ditetapkan.

Selain solat fardu dan solat Jumaat, aktiviti lain yang turut dibenarkan adalah solat jenazah, kuliah agama, ceramah, akad nikah dan jamuan makan dengan cara mengedar makanan yang siap dibungkus, titah baginda. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Kanak-Kanak Dalam Video Tular Mangsa Amang Seksual - Polis

2

Refleksi 1 bulan yang lalu

Hari Terbuka Masjid Tonjol Keistimewaan Dan Keunikan Tradisi Masjid Di Malaysia

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Hebat Awak Dik!

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Daud Kim Tunai Janji Bina Masjid Di Korea

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia