web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rampasan Balak Haram RM340,000, 2 Lelaki Tempatan Diberkas

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Sep 2021 4:13PM

Kesemua kayu balak itu didapati tidak memiliki tanda tukul Jabatan Hutan.

oleh

Rosli Amit

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SARIKEI - Polis Marin Sarikei merampas kayu balak haram pelbagai saiz dan jenis, dianggarkan bernilai RM 340,000 dalam operasi Op Landai bertempat di simpang Jalan Kesa Baron, di sini, Khamis lalu.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Lima Sarawak, Asisten Komisioner (ACP) Zulfikar Mohd Ghazali berkata, sepasukan pegawai serta anggota Polis Marin telah menahan dua lori jenis Hino yang bergerak beriringan dalam keadaan mencurigakan dan membawa muatan kayu balak jam 10.10 malam.

“Semasa pemeriksaan dibuat didapati kedua-dua lori berkenaan masing-masing membawa 25 batang kayu balak pelbagai saiz dan jenis bernilai RM152, 275 yang diletakkan di bahagian belakang.

“Kesemua kayu balak itu didapati tidak memiliki tanda tukul Jabatan Hutan,  dokumen Transit Removal Pass (TRP) dan Royalti Removal Pass( RRP),” katanya kepada Getaran hari ini.

Zulfikar berkata, dua lelaki tempatan berusia 36 dan 40 tahun yang merupakan pemandu lori berkenaan telah ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Ordinan Perhutanan Sarawak 2015.

“Laporan polis telah dibuat berhubung rampasan kayu balak seludup ini.

“Barang rampasan diserahkan kepada Jabatan Hutan Wilayah Sarikei untuk siasatan dan tindakan selanjutnya,” ujarnya. - Getaran,19 September 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Pengantin Remaja: Kenal Pasti Kaedah Terbaik Laksana Undang-Undang

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Polis Rampas 3 Treler Berisi 58,000 Liter Minyak Sawit Mentah 

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Semakin Ramai Tiada Dokumen Pengenalan Diri Di Sarawak - SCRIPS

4

Semasa 1 bulan yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Agensi Penguat Kuasa Disyaki Lindungi Sindiket Seludup Minyak Diesel Subsidi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia