web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kawasan 'Panas' Banjir 6 Negeri Dikenal Pasti 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 9:08AM

Mohammad Hamdan Wahid membuat pemeriksaan Kawalan Kehormatan ketika hadir lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong di Kota Bahru, semalam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KOTA BHARU - Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengenal pasti enam negeri kawasan 'hot spot' banjir, membabitkan enam negeri.

Ketua Pengarah JBPM Datuk Seri Mohammad Hamdan Wahid berkata, ia melibatkan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor, Sabah dan Sarawak.

Menurut beliau, kawasan berkenaan disahkan akan dilanda banjir, menyamai skala yang berlaku tahun lalu atau lebih besar dari itu.

"Bagi menghadapi situasi banjir itu, pihak kita sudah bersiap siaga untuk melaksanakan tugas-tugas bencana. Seperti mana yang kita tahu, akan berlaku banjir Monsun Timur Laut di enam negeri berkenaan.

"Dijangkakan banjir tahun ini hampir sama atau lebih sedikit daripada tahun lalu. Tahun lalu adalah sangat mencabar kerana banjir berlaku lebih besar berbanding tahun sebelumnya. Namun, setakat ini banjir 2014 adalah paling besar," katanya.

Mohammad Hamdan menyatakan demikian  ketika ditemui sempena lawatan kerja di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong di sini, semalam. 

Mengulas lanjut beliau berkata, banjir 2014  adalah yang paling ekstrem manakala tahun lalu dicatatkan sebagai kedua terburuk, apabila bencana tersebut turut berlaku di kawasan yang tidak pernah dilanda bah sebelum ini.

Mohammad Hamdan berkata, bomba dengan kerjasama agensi berkaitan termasuk pihak berkuasa tempatan (PBT) akan melakukan latihan banjir bagi memastikan bencana tersebut dapat ditangani dengan baik.

"Pihak kita sudah mengenal pasti lokasi pemindahan mangsa sekiranya berlaku banjir dan kita berharap penduduk yang berada di kawasan berisiko banjir supaya mempersiapkan diri, keluarga dan barang-barang berharga," katanya.

Pada perkembangan lain, Mohammad Hamdan berkata, 90 peratus daripada 14,500 anggota dan pegawai JBPM dari seluruh negara sudah menerima vaksin COVID-19.

Jelas beliau, kesemua anggota dan pegawainya bersetuju mengambil vaksin memandangkan tugas mereka yang perlu berdepan dengan orang ramai dan setakat ini, tiada kalangan ahli menolak daripada diberikan suntikan berkenaan.

"Kita mensasarkan 100 peratus vaksin, namun ada dalam kalangan anggota dan pegawai yang mempunyai gejala kesihatan memerlukan pemantauan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

"Pasukan operasi kita perlu lengkap dua dos vaksin kerana jika berlaku banjir, mereka ini akan bertindak memindahkan mangsa ke pusat pemindahan," katanya.

Mohammad Hamdan juga berkata, sehingga kini seramai 125 pegawai dan anggota bomba telah dijangkiti COVID-19.

Katanya, jumlah jangkitan itu dikesan bermula dari Mac tahun lalu, majoritinya bagi kategori satu dan dua serta menjalani kuarantin kendiri di rumah.

"Jangkitan ini adalah dalam komuniti, berpunca daripada ahli keluarga yang menjadi kontak rapat kepada individu yang positif COVID-19. 

Setakat ini, tiada jangkitan yang dikesan disebabkan ketika mereka bertugas," katanya. - Getaran, 20 September 2021
 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia