web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tragedi Gunung Jerai Takdir Allah - Takiyuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 3:07PM

Takiyuddin Hassan - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tiada bukti kukuh untuk mengaitkan bencana di Gunung Jerai dengan aktiviti pembalakan haram di hutan berkenaan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Menurut beliau, bencana kepala air yang berlaku itu disebabkan oleh adalah takdir Allah.

“Kita amat dukacita dengan bencana yang berlaku. This is an act of God. Satu takdir Allah,” katanya ketika sesi soal jawab persidangan Dewan Rakyat, pagi tadi.

Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu berkata, Gunung Jerai terletak di Hutan Simpan Kekal (HSK) Ulu Muda dan telah diisytiharkan sebagai National Geopark pada tahun 2018, justeru  aktiviti pembalakan di kawasan tersebut tidak boleh dijalankan.

“Gunung Jerai ini berkeluasan 106,000 hektar, dengan 12 peratus darinya iaitu 12,720 hektar adalah kawasan perlindungan tadahan hutan yang boleh diusaha hasil.

“Saya lihat pokok-pokok yang dibawa turun kepala air bersekali dengan akar-akarnya, menunjukkan tidak ada pembalakan di kawasan Jerai, inilah disebut takdir Allah,” katanya, ketika menjawab soalan tambahan Sabri Azit (PAS-Jerai).

Dalam perkembangan berkaitan, Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Takiyuddin kerana disifatkan hanya meletakkan kesalahan itu kepada Tuhan, tanpa melihat kepada tindakan manusia itu sendiri.

“Soal ‘nature’ ini jangan salahkan Tuhan, kadang-kadang ia masalah manusia.

“Mantan Menteri Kerja Raya dahulu, bila adanya kerobohan, act of God.

“Bagaimana anda tahu itu takdir Tuhan, bila manusia itu rakus merosakkan balak?” katanya. - Getaran, 20 September 2021

Berita Berkaitan

1

Politik 3 bulan yang lalu

6 Bekas Ahli Parlimen BERSATU Jadi Wakil Rakyat Bebas

2

Semasa 3 bulan yang lalu

Dewan Rakyat Rakam Takziah Kepada Keluarga Syed Husin

3

Politik 3 bulan yang lalu

‘Jangan Hipokrit, Bukankah Pemimpin PN Sendiri Luluskan BlackRock?’ - PM

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Kekotoran Laut Di Langkawi 'Out Of Control’ - MP Langkawi 

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Motosikal Dirempuh Kereta, 3 Penuntut UiTM Dungun Maut

Semasa 1 hari yang lalu

‘Manfaatkan Kestabilan Politik Negara, Perbaiki Tatakelola’ - PM

oleh Sophia Ahmad